
Salam Keceriaan.
Semoga anda semua berada dalam mood yang ceria.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi. Kali ini di;
Tarikh: 6hb Jun 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Kota Damansara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat sepanjang promosi my ole-ole di Giant Shah Alam semalam.
Usaha murni kalian ini amat kami hargai.
Teruskan menyokong dan mendokong program my ole-ole ini.
Hasil dari promosi, 19 orang penyumbang dalam program my ole-ole semalam.
Tarikh: 6hb Jun 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Kota Damansara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan menganjurkan program MY OLE-OLE sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi.
MY OLE-OLE merupakan program yang bertujuan untuk mengumpulkan makanan kering dan tahan lama untuk diagihkan kepada golongan-golongan terpinggir pada musim perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Perayaan Cina, Hari Raya Aidilfitri , Deepavali dan Hari Natal.
Program ini memberi ruang dan peluang kepada penderma yang budiman untuk mengurangkan kesempitan hidup yang dialami serta menzahirkan keprihatinan masyarakat kepada golongan terpinggir ini.
Kumpulan Sasaran;
a. Fakir Miskin.
b. Keluarga penagih dadah dan pengidap HIV positif yang menerima kesan negatif.
c. Komuniti orang Asli.
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang atau barangan yang bersesuaian seperti:
1. Beras
2. Bee hoon
3. Biskut
4. Garam
5. Gula
6. Makanan dalam tin seperti sardin dan kacang panggang
7. Mi segera
8. Milo
9. Minuman kotak/tin
10. Minyak masak
11. Serbuk Teh/Kopi
12. Sirap/jus
13. Tepung
14. Lain-lain makanan kering (tahan lama) yang bersesuaian
Untuk sumbangan kewangan, sila kemukakan cek, bank draf dan lain-lain dengan merujuk butiran berikut:
Nama Pemegang Akaun : Yayasan Salam Malaysia
No. Akaun : 3072879302
Nama Bank : Public Bank Berhad
Tujuan : Tajaan Program My Ole-Ole
Untuk makluman, sumbangan berbentuk wang ringgit adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan. Sumbangan pihak tuan/puan amat besar maknanya dalam memastikan kejayaan program ini dan seterusnya memberi manfaat kepada golongan tersebut.
Sumbangan boleh diberikan sebelum atau pada 02 September 2010. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Alisah (012-2666571) atau Rozi (017-6504377) atau kakitangan SALAM, Shuhada (03-79584021).
Semoga sumbangan tuan/puan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh kumpulan sasaran di atas.
Sekian, terima kasih.
Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua barisan Jawatankuasa Pelaksana SIG Komuniti kerana menghadirkan diri dalam mesyuarat semalam.
Tanpa kalian semua, program ini pasti tidak akan menjadi realiti. Kami amat menghargai kehadiran anda.
Teruskan memberi komitmen yang tinggi dalam usaha-usaha murni membantu mereka yang lebih memerlukan.
Semoga perancangan dan objektif program mencapai matlamatnya.
Sekain, Terima kasih .
Salam perpaduan.
Barisan Jawatankuasa Pelaksana SIG Komuniti yang dihormati,
Satu mesyuarat akan dijalankan pada;
Mesyuarat SIG Komuniti SALAM
Tarikh : 21 / 05 /2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 malam
Tempat : Pejabat Yayasan Salam, Petaling Jaya
Kehadiran : Semua Jawatankuasa Pelaksana
Agenda : Perbincangan gerak kerja SIG Komuniti
Semoga perbincangan ini dapat memperkemaskan lagi gerak kerja SIG Komuniti dalam menjana perubahan bermakna kepada komuniti terpinggir.
Kehadiran sukarelawan amat dihargai.
Terima kasih di atas perhatian yang diberikan.
Di sini, saya ingin memaklumkan kepada semua sukarelawan bahawa SALAM memerlukan beberapa orang sukarelawan untuk mengedar serta mempromosikan My Ole-Ole. Klik, untuk maklumat lanjut.
Terkini;
Tarikh: 30hb Mei 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Shah Alam
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Bagi mereka yang mempunyai facebook, layari http://www.facebook .com/pages/ SIG-KOMUNITI- YAYASAN-SALAM- MALAYSIA/ 245587539836? ref=ts. Jom-jom jadi ahli SIG Komuniti SALAM.
Akhir kata, selamat berkhidmat kepada masyarakat.

KUALA LUMPUR: My Ole-Ole sekali lagi beruasaha mengumpul pelbagai barangan kering dan tahan lama untuk diedarkan kepada golongan memerlukan dan terpinggir sempena sambutan pelbagai perayaan yang bakal tiba pada penghujung tahun ini.
Dianjurkan oleh sukarelawan Salam, aktiviti mengumpul pelbagai barangan hasil sumbangan orang ramai yang bermurah hati kini sibuk dilakukan di seluruh cawangan pasar raya Giant sekitar bandar raya bermula 2 Mei sehingga Ogos ini.
Orang ramai dipelawa menyumbangkan makanan kering dan tahan lama seperti beras, bihun, biskut, garam, gula, makanan dalam tin seerti sardin, minyak masak dan sebagainya.
Sumbangan boleh diserahkan di kaunter My Ole-Ole Salam di depan pintu masuk Giant bermula 10 pagi sehingga 7 malam..jpg)
Eksekutif Kanan Latihan Pembangunan Sukarelawan Salam, Nor Zakiah Senin, berkata hasil kutipan beras, garam, gula, minyak masak, tepung dan susu akan diedarkan kepada fakir miskin. keluarga penagih dadah serta penghidap HIV positif dan komuniti orang asli sekitar Lembah Klang dan Selangor.
"Semua barangan ini akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri dan Deepavali yang mungkin tidak semeriah mereka yang bernasib baik.
"Selain itu, ia adalah menanam budaya prihatin dan menderma masyarakat untuk membantu golongan seperti ini, " katanya.
katanya, promosi My Ole-le yang pertama bagi sesi kali ini sudah bermula pada 18 April lalu di Giant Bandar Kinrara dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membeli belah di pasaraya berkenaan dan diharapkan mendapat sokongan ramai untuk promosi seterusnya.
"Kami menerima sambutan yang hebat dan menggalakkan di Giant Kota Damansara kerana ada penyumbang yang menitiskan air mata sewaktu memberikan sumbangan.
"Malah, ada juga penyumbang lain yang memberikan sumbangan barangan dan pada masa sama memberikan pizza kepada sukarelawan yang bertugas," katanya.
Katanya kali i ni My Ole-Ole mendapat kerjasama dari Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai pusat pengumpulan hasil sumbangan orang ramai. Giant juga sedia bekerjasama membenarkan kaunter My Ole-Ole dibuka di cawangannya.
"Kami berharap organisasi dan badan korporat lain turut menyokong usaha murni ini bagi membantu golongan terpinggir. Kira-kira 50 keluarga dijangka akan menerima sumbangan yang dikumpulkan menjelang musim perayaan berkenaan..jpg)
"Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan tetapi tidak sempat berkunjung ke Giant pada tarikh yang ditetapkan boleh menghantar sumbangan masing-masing dengan menghubungi pejabat Salam melalui talian 03-79584021, katanya.
Sumber: Berita Harian 30April2010 (Jumaat) muka surat 04 (Sentral)
Program ini telah dijalankan pada 28 Mac 2010 (Ahad) di Kampung Genting Peras Hulu Langat, Selangor. Seramai 25 orang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia dan 9 orang dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada komuniti Orang Asli di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka. Dianggarkan jumlah penduduk di kampung tersebut adalah seramai 195 orang bersamaan 30 buah keluarga.
Sementara, kanak-kanak pula menghadiri sesi kebersihan diri di kawasan lapang di hadapan Balai Raya. Untuk sesi kebersihan, slot ini disampaikan oleh sukarelawan Yayasan Salam Malaysia sendiri iaitu Cik Mona dan Cik Yani.
Antara pengisian slot kebersihan diri adalah cara memberus gigi dan tangan dengan betul.
Untuk membersihkan seluruh permukaan gigi anda dengan betul, anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda (anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuatkerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus adalah:
a. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus kehadapan dan kebelakang.
b. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi atas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.
c. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang.
d. Untuk permukaan dalam gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.
e. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah anda dengan cara memberus kehadapan dan kebelakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.
2. Membasuh tangan dengan betul.
c. Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari
d. Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan
e. Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda
f. Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya
g. Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih
Antara kelainan program kali ini adalah sukarelawan sendiri yang menyediakan makanan untuk penduduk kampung. Sukarelawan bekerjasama bergotong royong menyediakan makan tengahari untuk penduduk Kampung Genting Peras.
Selain itu, pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengisi ruang waktu bersama kanak-kanak dan penduduk kampung. Antaranya, acara sukaneka. Bagi mengeratkan lagi hubungan di antara sukarelawan dan penduduk kampung.
Di akhir program, pihak Yayasan Salam Malaysia telah menghulurkan sumbangan beras kepada penduduk Kampung Genting Peras. Beras ini adalah sumbangan dari pihak Bernas kepada komuniti yang lebih memerlukan.
Dikepilkan bersama gambar sepanjang program;
Sekian,
Laporan disediakan oleh;
Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia.
giant bandar kinrara
program my ole-ole..
Yayasan Salam Malaysia
PANDANGAN SEBAHAGIAN SUKARELAWAN
Salam kepada semua sukarelawan...
Setelah berjaya mengumpulkan barangan untuk komuniti terpinggir sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, Kumpulan SIG Komuniti akan menjalankan kempen promosi untuk Projek My Ole-Ole sempena Hari Raya Aidilfitri pula.
My Ole-Ole adalah projek untuk membantu komuniti terpinggir melalui kutipan barangan makanan dan kemudian diserahkan kepada mereka yang memerlukan.
Kali ini, SIG Komuniti akan mengadakan kempen tersebut:
Tarikh: 18 Apr 2010 / Ahad
Tempat: Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Puchong
Masa: (Lihat jadual syif di bawah)
Tugas: Mengedarkan pamplet dan penerangan kepada pelanggan Giant. Mengumpulkan barangan jika ada yang ingin menyumbang
Sukarelawan akan dibahagikan kepada 3 syif waktu bertugas: 10.00 pagi - 1.00 tengahari, 1.00 tenghari hingga 4.00 petang dan 4.00 petang hingga 7.00 malam.
Sila hubungi Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377) untuk maklumat lanjut atau ingin membantu.
Bantuan sukarelawan sangat diperlukan dan dihargai. Maklumat tentang projek ini di http://www.salam.org.my/my_ole-ole.htm
Salam Hormat,
Masriah Dahlan
Yayasan Salam Malaysia
Tel : 03-79584021
Fax : 03-79584031
Email : masriah@salam.org.my
Website: www.salam.org.my













