Dari lensa SIG Komuniti:


Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 29 Ogos 2011 0 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukarelawan budiman,

Dukacita dimaklumkan pendaftaran untuk program [Ziarah Sahur] telah ditutup.

Tahniah kepada yang telah terpilih.

Dan bagi yang tidak terpilih jangan berdukacita. Boleh sertai lagi dimasa hadapan, insyaAllah.

Terima kasih dan selamat sukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 16 Ogos 2011 0 comments

Salam Ramadhan !

SIG Komuniti sekali lagi akan meneruskan program sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dengan kerjasama Kelab Kereta X-Tuned Dot Com iaitu program bersahur bersama anak-anak yatim.
Maklumat program seperti berikut:

Nama Program : Ziarah Sahur
Tarikh : 21 Ogos 2011
Lokasi : Rumah anak yatim sekitar KL/Selangor
Masa berkumpul di Pejabat SALAM : 3.00 pagi
Masa gerak ke lokasi: 3.30 pagi
Bayaran : RM10/seorang (committment fees)
Transport:'Car Pool' (Kelab Kereta X-Tuned Dot Com)
Penyertaan : 20 orang sukarelawan SALAM dan 20 orang ahli Kelab Kereta X-Tuned Dot Com
Pakaian: T-shirt SALAM(Biru) @ Baju Melayu/Baju Kurung
Alamat Pejabat SALAM: No 22 Jalan Changgai (6/22), 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (Bersebelahan Sekolah Asunta)
Tel: 03-7958 4021 Fax: 603-7958 4031
(
http://www.salam.org.my/)

Bayaran penyertaan boleh melalui MAYBANK :-
No Akaun: 164016978388 (ALISAH BINTI KASSIM)

- SILA SIMPAN RESIT PEMBAYARAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN ;
- BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM/PADA 18HB OGOS 2011 DAN JIKA TIDAK MENJELASKAN BAYARAN PADA TARIKH BERKENAAN, NAMA ANDA AKAN DIGUGURKAN.

Sukeralawan yang ingin turut serta dalam memeriahkan program ini,
sila hubungi: isha (elyss15@yahoo.com / 012-2666571)
TEMPAT TERHAD!!! Jumpa di sana...:)
~isha~

Posted by Yayasan Salam Malaysia Sabtu, 13 Ogos 2011 0 comments

Program Imarah Ramadhan ini adalah program anjuran Sukarelawan Yayasan
Salam Malaysia (SALAM) di bawah “Special Interest Group” Komuniti (SIG
KOMUNITI).

SALAM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan
bagi menggalakkan semangat kesukarelaan dan memberi peluang kepada warga
Malaysia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan di dalam mahupun di luar
negara.

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah Kumpulan Anak-anak Yatim daripada
Rumah Amal Permata Hatiku yang bertempat di Daerah Gombak dan baru sahaja
ditubuhkan pada tahun 2010.

OBJEKTIF
1 Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara sukarelawan
SALAM dengan penghuni serta pentadbiran Rumah Amal Permata
Hatiku, Gombak.

2 Meraikan dan memeriahkan majlis berbuka puasa bersama-sama
warga Rumah Amal Permata Hatiku, Gombak.

3 Memberikan pendedahan kepada sukarelawan mengenai cara hidup anak-anak
yatim dan berkongsi pengalaman dengan mereka.

4 Memberi ruang serta peluang kepada individu-individu serta golongan korporat
untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti seperti
golongan Anak-anak yatim Rumah Amal Permata Hatiku.

Peserta Program Imarah Ramadhan terdiri daripada:
50 orang penghuni Rumah Amal Permata Hatiku ;
5 orang pengurus serta penjaga Rumah Amal Permata Hatiku ;
45 orang Sukarelawan SALAM.

KESIMPULAN
Adalah menjadi harapan kami agar program yang dirancang ini akan terlaksana dengan
jayanya. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah daripada usaha para sukarelawan serta
sokongan padu daripada individu serta badan-badan korporat yang sudi menyalurkan
sumbangan untuk memastikan program ini dapat direalisasikan. Selain itu, dengan
usaha ini, sudah pasti dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan di hati anak-anak
yatim dan asnaf zakat ini.

Muat turun kertas kerja, klik;



Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 9 Ogos 2011 0 comments


photo

Assalamualaikum,

Satu program "Menampi Beras" akan diadakan mengikt ketetapan berikut:-

Tarikh : 14/8/2011 (Ahad)
Masa : 9.00am
Tempat : Pej SALAM PJ

Tenaga sukarelawan diperlukan. Beras2 ini akn diserahkan kpd golongan Rohingya. Sgl pertanyaan blh hubungi 016-6210598 (yanie).

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments

Sempena Ramadhan tahun ini, SIG Komuniti akan mengadakan program seperti di bawah:


Nama Program : Imarah Ramadhan
Tarikh : 20 Ogos 2011
Tempat : Rumah Amal Permata Hatiku, Gombak
Bil. Peserta : 50 orang penghuni
Masa : 3.30 petang hingga 10.30 malam

Sumbangan anda diperlukan untuk membantu menjayakan program tersebut.

Nama Akaun :
Yayasan Salam Malaysia

No Akaun :
Public Bank : 3072879302
CIMB Bank : 1249 0014387058

Tujuan : Sumbangan untuk Imarah Ramadhan Komuniti

Sumbangan kewangan melebihi RM50, akan mendapat resit pengecualian cukai.

Selain itu, kami juga ingin meminta sumbangan makanan kering spt beras, gula, mihun, susu dan sebagainya untuk sumbangan kepada Rumah Amal Permata Hatiku.

Maklumat lanjut, hubungi:
J Sham (012-374 7271)
Yus (012-301 3701)

Posted by Yayasan Salam Malaysia Ahad, 7 Ogos 2011 0 comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukarelawan budiman,

Dukacita dimaklumkan pendaftaran untuk program [Imarah Ramadhan] telah ditutup.

Tahniah kepada yang telah terpilih.

Dan bagi yang tidak terpilih jangan berdukacita. Boleh sertai lagi dimasa hadapan, insyaAllah.

Terima kasih dan selamat sukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 4 Ogos 2011 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar