Program Imarah Ramadhan ini adalah program anjuran Sukarelawan Yayasan
Salam Malaysia (SALAM) di bawah “Special Interest Group” Komuniti (SIG
KOMUNITI).

SALAM merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan
bagi menggalakkan semangat kesukarelaan dan memberi peluang kepada warga
Malaysia untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan di dalam mahupun di luar
negara.

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah Kumpulan Anak-anak Yatim daripada
Rumah Amal Permata Hatiku yang bertempat di Daerah Gombak dan baru sahaja
ditubuhkan pada tahun 2010.

OBJEKTIF
1 Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara sukarelawan
SALAM dengan penghuni serta pentadbiran Rumah Amal Permata
Hatiku, Gombak.

2 Meraikan dan memeriahkan majlis berbuka puasa bersama-sama
warga Rumah Amal Permata Hatiku, Gombak.

3 Memberikan pendedahan kepada sukarelawan mengenai cara hidup anak-anak
yatim dan berkongsi pengalaman dengan mereka.

4 Memberi ruang serta peluang kepada individu-individu serta golongan korporat
untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti seperti
golongan Anak-anak yatim Rumah Amal Permata Hatiku.

Peserta Program Imarah Ramadhan terdiri daripada:
50 orang penghuni Rumah Amal Permata Hatiku ;
5 orang pengurus serta penjaga Rumah Amal Permata Hatiku ;
45 orang Sukarelawan SALAM.

KESIMPULAN
Adalah menjadi harapan kami agar program yang dirancang ini akan terlaksana dengan
jayanya. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah daripada usaha para sukarelawan serta
sokongan padu daripada individu serta badan-badan korporat yang sudi menyalurkan
sumbangan untuk memastikan program ini dapat direalisasikan. Selain itu, dengan
usaha ini, sudah pasti dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan di hati anak-anak
yatim dan asnaf zakat ini.

Muat turun kertas kerja, klik;



Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 9 Ogos 2011

0 comments

Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar