Memaparkan catatan dengan label LAPORAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAPORAN. Papar semua catatan

Salam perpaduan.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Shah Alam pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.

Syukur, seramai 16 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.

Selain itu, pihak Giant juga ada menyumbang barangan untuk program My Ole-Ole. Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada pihak Giant di atas sumbangan serta kerjasama baik sepanjang program My Ole-Ole di jalankan.

Disertakan gambar-gambar sekitar program My Ole-Ole.





Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.

Selamat bersukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 26 Julai 2010 0 comments

Salam perpaduan.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara ahad lepas.

Tanpa kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.


Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.

Selamat bersukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 28 Jun 2010 0 comments

Sekitar promosi My Ole-Ole di Giant Kota Damansara.









Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 8 Jun 2010 0 comments


Program ini telah dijalankan pada 28 Mac 2010 (Ahad) di Kampung Genting Peras Hulu Langat, Selangor. Seramai 25 orang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia dan 9 orang dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada komuniti Orang Asli di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka. Dianggarkan jumlah penduduk di kampung tersebut adalah seramai 195 orang bersamaan 30 buah keluarga.


Objektif program adalah;
1. Mendorong dan menerapkan pendidikan kesihatan dan kebersihan diri kepada komuniti Orang Asli.
2. Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antaran SALAM dengan penduduk Kampung Genting Peras.
3. Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara hidup komuniti Orang Asli.
4. Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli Kampung Genting Peras.

Program kali ini mendapat kerjasama yang baik dari pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta pelajar-pelajar dari HELP Institute. Pihak PPUKM menyediakan segala ubat-ubatan serta alatan perubatan manakala HELP Institute menyediakan sukarelawan yang akan berkhidmat sepanjang program dijalankan.

Program ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan dewasa dan kanak-kanak. Untuk kumpulan dewasa, mereka akan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di Balai Raya berdekatan. Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan oleh pihak PPUKM. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan jenis darah dan tekanan darah. Ramai penduduk kampung yang hadir memeriksa taraf kesihatan mereka.




Sementara, kanak-kanak pula menghadiri sesi kebersihan diri di kawasan lapang di hadapan Balai Raya. Untuk sesi kebersihan, slot ini disampaikan oleh sukarelawan Yayasan Salam Malaysia sendiri iaitu Cik Mona dan Cik Yani.




Antara pengisian slot kebersihan diri adalah cara memberus gigi dan tangan dengan betul.

Dikongsikan beberapa tips;

1. Memberus gigi dengan betul.

Untuk membersihkan seluruh permukaan gigi anda dengan betul, anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda (anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuatkerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus adalah:

a. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus kehadapan dan kebelakang.

b. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi atas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.

c. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang.

d. Untuk permukaan dalam gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.

e. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah anda dengan cara memberus kehadapan dan kebelakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.



2. Membasuh tangan dengan betul.

a. Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.
b. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda
c. Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari

d. Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan

e. Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda

f. Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya

g. Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih



Antara kelainan program kali ini adalah sukarelawan sendiri yang menyediakan makanan untuk penduduk kampung. Sukarelawan bekerjasama bergotong royong menyediakan makan tengahari untuk penduduk Kampung Genting Peras.



Selain itu, pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengisi ruang waktu bersama kanak-kanak dan penduduk kampung. Antaranya, acara sukaneka. Bagi mengeratkan lagi hubungan di antara sukarelawan dan penduduk kampung.





Di akhir program, pihak Yayasan Salam Malaysia telah menghulurkan sumbangan beras kepada penduduk Kampung Genting Peras. Beras ini adalah sumbangan dari pihak Bernas kepada komuniti yang lebih memerlukan.





Dikepilkan bersama gambar sepanjang program;













Sekian,


Laporan disediakan oleh;

Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 21 April 2010 2 comments

Demi mengharap redha Illahi, saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama teman-teman sekalian.
Semoga kalian berada di dalam kesihatan yang baik serta berada di bawah lembayung rahmat Illahi. ameen. =)
Alhamdulillah. syukur, syukur dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana memberi kesihatan yang baik serta ruang dan peluang untuk saya terus berkhidmat untuk komuniti yang lebih memerlukan di luar sana. alhmdulillah. =)
Cuti minggu yang lepas, saya bersama teman-teman yang lain telah mengadakan satu program bersama-sama anak2 Rohingya di belakang pasar borong Selayang. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah food service dan street education. Alhamdulillah, ramai anak2 Rohingya yang tinggal di situ hadir bersama.
Saya berpandangan, ramai yang tahu tentang kedudukan pelarian Rohingya di Malaysia. Yang mana mereka tidak layak untuk mendapat hak kewarganegaraan serta tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan seperti layanan kesihatan di mana-mana hospital/klinik, pendidikan dan sebagainya. Akibatnya, mereka sukar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik serta sukar bagi anak2 kecil ini pergi ke sekolah.
Di atas kesedaran inilah, kami cuba untuk membantu mereka biiznillah (dengan izin Allah) mengikut kapasiti yang dianugerahkan Allah ini. Doakan kami terus istiqamah membantu mereka. ;)
Alhamdulillah, rezeki pendapatan kami yang lebih telah kami kumpulkan untuk membeli makanan untuk mereka. Supaya mereka juga merasa kenikmatan seperti yang kami rasa. Berkongsi nikmat bersama. :)
Jelas, keriangan terpancar pada wajah si kecil ini. Mendapat juadah yang mungkin mereka tidak pernah jumpa atau rasai.
Di sinilah kami menyantuni mereka. Walaupun keadaan tidak berapa menyelesakan, mereka tetap gembira menikmati rezeki Allah. Alhamdulillah. :)
Inilah wajah-wajah pejuang Islam di masa akan datang. Namun, terpinggir di negara kita yang majoritinya beragama Islam.
Ilmu yang dianugerahkan oleh Allah ini jua, cuba kami kongsikan bersama mereka. Walaupun, hanya mengajar ditepi-tepi bangunan ini sudah cukup buat mereka yang dahagakan ilmu. Sungguh, tersentuh hati kecilku ini melihat kesungguhan mereka menekuni apa yang kami cuba ajari kepada mereka. Walaupun kadangkala jurang bahasa merupakan cabarannya, kami cuba tangkasinya bersama.
Dibangun inilah mereka menyewa. Tinggal bersama-sama pelarian Rohingya yang lain.
Di akhir perkongsian saya ini, ingin saya menyeru kalian semua. Marilah kita melihat sekeliling kita. Saudara kita. Adakah mereka sihat atau tidak? Adakah mereka makan atau tidak? Adakah kita sedar mereka wujud atau tidak? Peringatan ini saya tujukan buat diri saya untuk menjadi insan lebih prihatin kepada orang disekeliling kita.
Ayuh, kita mulakan. Walau mungkin sedikit terlewat namun belum terlambat. Wallahualam.
Terima kasih kerana membaca perkongsian saya ini.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 10 Mac 2010 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar