Program ini telah dijalankan pada 28 Mac 2010 (Ahad) di Kampung Genting Peras Hulu Langat, Selangor. Seramai 25 orang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia dan 9 orang dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada komuniti Orang Asli di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka. Dianggarkan jumlah penduduk di kampung tersebut adalah seramai 195 orang bersamaan 30 buah keluarga.


Objektif program adalah;
1. Mendorong dan menerapkan pendidikan kesihatan dan kebersihan diri kepada komuniti Orang Asli.
2. Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antaran SALAM dengan penduduk Kampung Genting Peras.
3. Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara hidup komuniti Orang Asli.
4. Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli Kampung Genting Peras.

Program kali ini mendapat kerjasama yang baik dari pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta pelajar-pelajar dari HELP Institute. Pihak PPUKM menyediakan segala ubat-ubatan serta alatan perubatan manakala HELP Institute menyediakan sukarelawan yang akan berkhidmat sepanjang program dijalankan.

Program ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan dewasa dan kanak-kanak. Untuk kumpulan dewasa, mereka akan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di Balai Raya berdekatan. Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan oleh pihak PPUKM. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan jenis darah dan tekanan darah. Ramai penduduk kampung yang hadir memeriksa taraf kesihatan mereka.




Sementara, kanak-kanak pula menghadiri sesi kebersihan diri di kawasan lapang di hadapan Balai Raya. Untuk sesi kebersihan, slot ini disampaikan oleh sukarelawan Yayasan Salam Malaysia sendiri iaitu Cik Mona dan Cik Yani.




Antara pengisian slot kebersihan diri adalah cara memberus gigi dan tangan dengan betul.

Dikongsikan beberapa tips;

1. Memberus gigi dengan betul.

Untuk membersihkan seluruh permukaan gigi anda dengan betul, anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda (anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuatkerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus adalah:

a. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus kehadapan dan kebelakang.

b. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi atas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.

c. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang.

d. Untuk permukaan dalam gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.

e. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah anda dengan cara memberus kehadapan dan kebelakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.



2. Membasuh tangan dengan betul.

a. Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.
b. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda
c. Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari

d. Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan

e. Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda

f. Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya

g. Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih



Antara kelainan program kali ini adalah sukarelawan sendiri yang menyediakan makanan untuk penduduk kampung. Sukarelawan bekerjasama bergotong royong menyediakan makan tengahari untuk penduduk Kampung Genting Peras.



Selain itu, pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengisi ruang waktu bersama kanak-kanak dan penduduk kampung. Antaranya, acara sukaneka. Bagi mengeratkan lagi hubungan di antara sukarelawan dan penduduk kampung.





Di akhir program, pihak Yayasan Salam Malaysia telah menghulurkan sumbangan beras kepada penduduk Kampung Genting Peras. Beras ini adalah sumbangan dari pihak Bernas kepada komuniti yang lebih memerlukan.





Dikepilkan bersama gambar sepanjang program;













Sekian,


Laporan disediakan oleh;

Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 21 April 2010

2 comments

  1. Unknown Says:
  2. tahniah utk semua. bangga sgt!

     
  3. terima kasih sham. kami juga bangga dengan kehadiran sham dalam SIG Komuniti. =)

     
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar