Salam ceria.

Semoga hari anda seceria mentari pagi. (",)v

Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.

Kali ini di;

Tarikh: 11hb Julai 2010 (Ahad)

Tempat: Giant Hypermarket Kelana Jaya

Masa: Mengikut syif

Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam

Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.

Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 29 Jun 2010 0 comments

Salam perpaduan.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara ahad lepas.

Tanpa kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.


Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.

Selamat bersukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 28 Jun 2010 0 comments



Salam Keceriaan.

Semoga anda semua berada dalam mood yang ceria.

Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi. Kali ini di;

Tarikh: 27hb Jun 2010 (Ahad)

Tempat: Giant Hypermarket Bandar Kinrara

Masa: Mengikut syif

Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam

Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.

Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 22 Jun 2010 0 comments

Projek My Ole-Ole merupakan cetusan idea Kak Zakiah Amat iaitu seorang staff SALAM di Kuching, Sarawak. Idea ini terhasil pada tanggal 15 Julai 2009 iaitu sekembalinya beliau dari kursus sukarelawan di United Kingdom. Kebetulan, pada masa itu, saya berada di Sarawak untuk menghadiri satu kursus. Saya mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan beliau bagi mengetahui pengalaman yang telah diperolehinya. Berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan, saya amat tertarik mendengar kisah perkongsian pengalamannya. Berbekalkan keazaman dan tekad yang kuat, maka kami telah berbincang untuk menganjurkan projek ini.

Pada awalnya kami sepakat menamakannya dengan nama OLE-OLE SALAM. Untuk merintis projek yang julung-julung kali diadakan ini dan sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea dan berdasarkan pengalaman yang dimiliki, saya memberikan penghormatan kepada beliau untuk memulakan projek ini di Sarawak. Saya telah bersetuju bahawa projek ini akan disusuli di Semenanjung sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan di Sarawak. Akhirnya, projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Sarawak pada musim perayaan Krismas 2009. Berbekalkan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau, saya sanggup untuk memikul tanggungjawab untuk merealisasikan projek ini pada tahun 2010. Kesempatan ini saya ambil apabila SALAM memperkenalkan SIG pada penghujung tahun 2009 dan projek ini merupakan satu agenda utama saya di dalam SIG Komuniti.

Tahun 2010 merupakan penjenamaan semula nama OLE-OLE SALAM. Saya telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menukarkan nama OLE-OLE SALAM kepada MY OLE-OLE dan ini telah dipersetujui oleh pihak pengurusan SALAM. Bagi saya, nama ini lebih komersial dan lebih menunjukkan identiti rakyat Malaysia. Secara tersiratnya, huruf M membawa maksud ME iaitu menunjukkan SALAM sebagai satu badan NGO. Manakalah huruf Y pula bermaksud YOU yang menggambarkan seluruh rakyat Malaysia yang terbuka pintu hatinya untuk menyertai projek ini. Sementara OLE-OLE merupakan barangan yang akan disumbangkan kepada kelompok sasaran. Maka kekallah nama MY OLE-OLE hingga kini. Ianya telah diwar-warkan di dada akhbar dan radio iaitu Berita Harian, Harian Metro dan KLFM.

Tanggal 10 Januari 2010, MY OLE-OLE telah diperkenalkan dengan rasminya sewaktu Majlis Penghargaan Sukarelawan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Bertitik tolak dari sinilah, bermulanya episod MY OLE-OLE yang sebenar dengan memfokuskan perayaan utama di Malaysia bagi tempoh jangkamasa pendek. Manakala bagi tempoh jangkamasa panjang adalah melibatkan persiapan membantu mangsa sewaktu bencana alam.

Projek ini telah dimulakan dengan membuat promosi secara besar-besaran bagi sambutan Tahun Baru Cina. Berbekalkan semangat sebagai sukarelawan dan dengan bantuan pihak pengurusan SALAM, kami bergabung tenaga untuk mempromosikan projek ini walaupun terdapat banyak cabaran dan rintangannya terutamanya dari aspek kekangan masa. Akhirnya projek ini telah berjaya dilaksanakan pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2010. Ini terhasil dengan adanya sokongan padu dari seluruh masyarakat yang menetap di Malaysia tanpa mengenal warna kulit, agama, bangsa dan negara asal mereka. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat merealisasikan projek ini dengan jayanya.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 15 Jun 2010 0 comments

Sekitar promosi My Ole-Ole di Giant Kota Damansara.









Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 8 Jun 2010 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar