Assalamualaikum dan salam sukarelawan.
Kepada semua sukarelawan bagi program Health & Hygiene.
Kami bagi pihak pengurusan ingin mengucapkan selamat bersukarela kepada semua sukarelawan.
Bagi pihak Yayasan SALAM Malaysia dan Jawatankuasa Pelaksana Health & Hygiene, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penganjur bersama iaitu pihak PPUKM, Giant Batu Caves, Beras Faiza, Beras Bernas, Southern Lion, Mydin, SIG Alam Sekitar SALAM dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua penderma-penderma budiman yang telah menyumbang untuk program ini.
Kepada nadi utama program ini iaitu semua sukarelawan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung, kami amat menghargai setiap usaha gigih anda semua dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Semoga program ini mencapai objektifnya.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sukarelawan.
Kepada semua sukarelawan bagi program Health & Hygiene.
Diantara senarai keperluan yang perlu dibawa adalah;
Assalamualaikum dan salam sukarelawan.
Kepada semua sukarelawan bagi program Health & Hygiene.
Dikongsikan jadual perjalanan program.
| JUMAAT (24/6/2011) | ||
| MASA | AKTIVITI | NOTA |
| 8.00-9.00 p.m | Tiba di SALAM dan mesyuarat bagi perjalanan program | Sila pastikan datang awal dan membawa barang persendirian bersama. |
| 9.00- 11.00 p.m | Pack barang-barang yang akan di bawa.dan disusun ke dalam kenderaan yang bakal digunakan | |
| 11.00 p.m | Tidur | Tempat tidur di SALAM adalah free based. Sila pastikan anda membawa sleeping bag atau kelengkapan untuk tidur yg lain. |
| SABTU (25/6/2011) | ||
| MASA | AKTIVITI | NOTA |
| 4.00 a.m | Bangun pagi dan bersiap | |
| 4.30a.m | Final cek untuk kelengkapan dan Taklimat ringkas. | |
| 4.45 a.m | Bertolak ke Kg Renglas, cameron Highland | Kami tidak akan menunggu bagi mereka yang LEWAT |
| Perjalanan | | Checkpoint: |
| (Anggaran masa: 4 jam 30 minit) | 1) R&R Rawang- sarapan dan solat subuh. | |
| | 2) Exit 132(Tapah) | |
| | 3) Petronas Renglet (Checkpoint terakhir sebelum memasuki kg) | |
| | 4) Terus ke Kg Renglas- Sila ikut peta ke Kg Telanok.Kita akan packing kereta di bawah jambatan highway. | |
| 9.30 a.m | Tiba di Jambatan Kg Telanok | 1)Kenderaan 4x4 akan membawa barang-barang. |
| 2)Team untuk pemeriksaan kesihatan dan memasak akan dipastikan sampai dahulu. | ||
| 3)Volunteer yang lain dikehendaki berjalan sementara menunggu 4x4 datang. | ||
| 10.30a.m | Kata-kata aluan dari wakil SALAM | |
| 11.00a.m | Program bermula | Anggaran masa :1 jam |
| -Pemeriksaan Kesihatan | | |
| -Pertandingan mewarna dan kuiz | Pertandingan mewarna perlu bermula 30 minit setelah pemeriksaan kesihatan bermula. Anggaran Masa: 30 minit. | |
| -Gotong-royong menyediakan makanan tengahari | | |
| | Penyediaan makanan tengahari akan bermula sejerus program dimulakan. | |
| 12.00 p.m | Aktiviti Penjagaan Kesihatan | Anggaran Masa: 1 jam |
| -Gigi, Kuku, Rambut dan tangan | ||
| 1.00 p.m | Makan Tengahari | Sambil makan tengahari dan rehat, persediaan minum petang akan bermula. |
| Solat jama’ takdim (Zuhur dan Asar) | ||
| Rehat sebentar | ||
| 2.30 p.m | Acara sukaneka dan sukan rakyat | Anggaran Masa: 2 jam |
| 4.30 p.m | Minum petang | |
| 5.30 p.m | -Aktiviti bersama penduduk kampung/ jom ronda-ronda | Jika sukaneka/sukan rakyat masih tidak selesai, aktiviti ini akan bersambung selepas minum petang. |
| -Persediaan makan malam | ||
| 7.00p.m | -Bersihkan diri | |
| - Solat jama’ takdim (Magrib dan Isya’) | ||
| 8.00 p.m | Persediaan untuk Ceramah Kesihatan dan Tonton Layar | |
| 8.30p.m | Ceramah kesihatan | |
| 9.00p.m | Tonton Layar | |
| 10.30p.m | Minum malam | Minum malam mungkin akan disediakan disekitar padang /lokasi tonton layar |
| 11.30 | Tidur | |
| AHAD (25/6/2011) | ||
| MASA | AKTIVITI | NOTA |
| 5.00 a.m | Bangun dan bersiap | Aktiviti mengemas barang peribadi sebaik-baiknya perlu dibuat semasa bersiap |
| 6.00 a.m | Solat Subuh Berjemaah | |
| 6.30 a.m | - Gotong-royong sarapan pagi | Kedua-dua gotong-royong akan dilaksanakan serentak. |
| - Gotong-royong penyediaan majlis penutup | ||
| 7.30 a.m | Sarapan Pagi | |
| 8.00 pagi | Majlis Penutup Bermula | |
| -Ucapan wakil SALAM | ||
| -Ucapan wakil Jakoa | ||
| -Ucapan Tok batin | ||
| -Persembahan dari penduduk kampung | ||
| -Penyampaian Hadiah | ||
| -cabutan bertuah | ||
| -Penyampaian sumbangan | ||
| 10.00 a.m | Berkemas dan Siap sedia untuk pulang | |
| 10.30 a.m | Bertolak pulang | |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukarelawan budiman,
Pihak SIG Komuniti akan mengadakan;
Program : Health & Hygiene
Tarikh : 25 dan 26 Jun 2011
Tempat : Kg Renglas, Cameron Highland
Di antara objektifnya adalah;
1.1 Mendorong dan menerapkan pendidikan kebersihan diri kepada komuniti Orang Asli.
1.2 Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara SALAM dengan penduduk pendalaman (Perkampungan Orang Asli Renglas dan Perkampungan Orang Asli Loon).
1.3 Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara hidup komuniti Orang Asli.
1.4 Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli Telanok.
Mohon doa dari semua agar dipermudahkan urusan dan mencapai objektifnya.
Sekian untuk makluman.
| [Health & Hygiene] Mesyuarat 02 | ||
| Tarikh | : | 03 / 06 /2011 |
| Hari | : | Jumaat |
| Masa | : | 8.30 malam sehingga 10.00 malam |
| Tempat | : | Bilik Mesyuarat Pink House |
| Agenda | : | 1. Perbincangan progress gerakerja Health & Hygiene
|
MOHON
untuk bantuan sukarelawan bagi program charity sales di TESCO RAWANG
nama program: charity sales
tujuan: mengumpul dana untuk keluarga yang memerlukan
tempat: tesco rawang
tarikh: 18 dec - 19 dec 2010 ( sabtu hingga ahad)
masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
tugas mengikut shift: 1 shift 3 org
1) shift 1 (9am-12pm)
2) shift 2 (12pm-3pm)
3) shift 3 (3pm-6pm)
4) shift 4 (6pm-9pm)
skop tugas: menjaga kaunter / booth di jualan amal
hubungi: irnie ( 012-2965165) @ emel: irniesb@yahoo.com

Salam ceria.
Promosi My Ole-Ole kini di utara..
Kali ini di;
Tarikh: 30hb Julai 2010 - 01 Ogos 2010 (Jumaat sehingga Ahad)
Tempat: Giant Alor Setar
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Hj. Fazilah (019-5719957) atau Natrah (012-5027819)
Selamat bersukarela.

Salam sejahtera sukarelawan.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini di;
Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Kota Damansara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.
Maktab Kerjasama Malaysia akan berkerjasama dengan Yayasan Salam melalui program My Ole-Ole.
Majlis Perwakilan Pelajar, Maktab Kerjasama Malaysia akan mengadakan "Charity Car Wash" bagi mengumpul dana untuk program My Ole-Ole
Berikut adalah mengenai "Charity Car Wash"
Tarikh: 22 Julai 2010 (Khamis)
Masa: 1 petang – 6 petang
Tempat: Bangunan UDA, Maktab Kerjasama Malaysia (bersebelahan CALTEX)
Harga: Kereta – RM7
Motosikal – RM 4
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Shafiq 0129173043 atau Saudara Azman 012-9456457

ASAS MENOLONG KOMUNITI TERPINGGIR
23 Julai 2010
Alisah Kassim
Diyana Nordin
Mastura Mokhtar
Monaliza
Noorhasliza Sazali
Nor Aniza Ramli
Noraini Long
Norazizan Ghani
Norkarimah
Norlasliti Hj. Hassan
Norzamliza Zahari
Norzehan
Nur Ly Azyani Binti Azmi
Nurhafiza Ali Muzan
Nurul Farah Atikah Said
Nurul Hani Mohd Hata
Nurul Hasanah Ramlan
Raffi Jaafar
Roesnani bte Ihsan
Rosalina Tan Roslan Tan
Salfaliza Mat Saad
Siti Fatimah Binti Yusof
Siti Salmah Mohd Wali
Suhaida Ghazali
Syahrul
Syarifah Nuradura
Too Yee Hong
Wan Siti Farizan Mohamed Rani
Yoo Sang Nge (Mr)
Yusmunirah Muhammad Yusar
Zaireen Abdullah
Zubaidah Salamat
Zulharis Zainal
Zuraidah Abdul Aziz

Salam ceria.
Semoga hari anda seceria mentari pagi. (",)v
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini di;
Tarikh: 25hb Julai 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Shah Alam
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

klik sini : BROWN BAG SESSIONS: ASAS MENOLONG KOMUNITI TERPINGGIR
UPDATE: sudah penuh..
Sesi ini akan berlangsung ;
Tempat : Yayasan Salam Malaysia, N0 22 Jln Changgai 6/22 Petaling Jaya
Tarikh : 23 Julai 2010 ( Jumaat )
Masa : 8 malam - 10 malamPenyertaan
Terhad 30 orang sahaja
Tarikh tutup penyertaan adalah 21 Julai 2010.
Sila hubungi Nor Zakiah Senin di zakiah@salam.org.my atau 03-79584021 untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran.

ASAS MENOLONG KOMUNITI TERPINGGIR
( Pekerja Seks, Penagih Dadah, Gelandangan & Gadis Terlanjur )
Apabila disebut Chowkit atau Lorong Hj. Taib. Rata-rata akan tergambar permasalahan sosial di sekitarnya. Penubuhan Sinar SALAM dan Nur SALAM adalah manifestasi usaha untuk bersama-sama membantu memulihkan keadaan ke arah lebih baik dan terkawal. Dengan ini SIG Komuniti, berbesar hati menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk terlibat dalam Sesi Asas Menolong Komuniti Terpinggir.
Ia akan menyentuh isu ;
· Bagaimana jiwa dan kecenderungan mereka
· Bagaimana cara mendekati mereka
· Apa persediaan jiwa, mental dan fizikal yang perlu dimiliki
· Perkongsian pengalaman
Sesi ini akan berlangsung ;-
Tempat : Yayasan Salam Malaysia,
N0 22 Jln Changgai 6/22 Petaling Jaya
Tarikh : 23 Julai 2010 ( Jumaat )
Masa : 8 malam - 10 malam
Penyertaan Terhad 30 orang sahaja
Tarikh tutup penyertaan adalah 21 Julai 2010.
Sila hubungi Nor Zakiah Senin di zakiah@salam.org.my atau 03-79584021 untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran.
Tentatif Program
Jumaat (23 Julai 2010)
8.00 mlm: Perkongsian Pengalaman
8.45 mlm: Sesi Perbincangan 1
9.15 mlm: Sesi Perbincangan 2
10 mlm: Tamat

Salam ceria.
Semoga hari anda seceria mentari pagi. (",)v
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini di;
Tarikh: 11hb Julai 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Kelana Jaya
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Salam Keceriaan.
Semoga anda semua berada dalam mood yang ceria.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi. Kali ini di;
Tarikh: 27hb Jun 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Bandar Kinrara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.
Pada awalnya kami sepakat menamakannya dengan nama OLE-OLE SALAM. Untuk merintis projek yang julung-julung kali diadakan ini dan sebagai orang yang bertanggungjawab mencetuskan idea dan berdasarkan pengalaman yang dimiliki, saya memberikan penghormatan kepada beliau untuk memulakan projek ini di Sarawak. Saya telah bersetuju bahawa projek ini akan disusuli di Semenanjung sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan di Sarawak. Akhirnya, projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya di Sarawak pada musim perayaan Krismas 2009. Berbekalkan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau, saya sanggup untuk memikul tanggungjawab untuk merealisasikan projek ini pada tahun 2010. Kesempatan ini saya ambil apabila SALAM memperkenalkan SIG pada penghujung tahun 2009 dan projek ini merupakan satu agenda utama saya di dalam SIG Komuniti.
Tahun 2010 merupakan penjenamaan semula nama OLE-OLE SALAM. Saya telah diberikan hidayah oleh Allah untuk menukarkan nama OLE-OLE SALAM kepada MY OLE-OLE dan ini telah dipersetujui oleh pihak pengurusan SALAM. Bagi saya, nama ini lebih komersial dan lebih menunjukkan identiti rakyat Malaysia. Secara tersiratnya, huruf M membawa maksud ME iaitu menunjukkan SALAM sebagai satu badan NGO. Manakalah huruf Y pula bermaksud YOU yang menggambarkan seluruh rakyat Malaysia yang terbuka pintu hatinya untuk menyertai projek ini. Sementara OLE-OLE merupakan barangan yang akan disumbangkan kepada kelompok sasaran. Maka kekallah nama MY OLE-OLE hingga kini. Ianya telah diwar-warkan di dada akhbar dan radio iaitu Berita Harian, Harian Metro dan KLFM.
Tanggal 10 Januari 2010, MY OLE-OLE telah diperkenalkan dengan rasminya sewaktu Majlis Penghargaan Sukarelawan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Bertitik tolak dari sinilah, bermulanya episod MY OLE-OLE yang sebenar dengan memfokuskan perayaan utama di Malaysia bagi tempoh jangkamasa pendek. Manakala bagi tempoh jangkamasa panjang adalah melibatkan persiapan membantu mangsa sewaktu bencana alam.
Projek ini telah dimulakan dengan membuat promosi secara besar-besaran bagi sambutan Tahun Baru Cina. Berbekalkan semangat sebagai sukarelawan dan dengan bantuan pihak pengurusan SALAM, kami bergabung tenaga untuk mempromosikan projek ini walaupun terdapat banyak cabaran dan rintangannya terutamanya dari aspek kekangan masa. Akhirnya projek ini telah berjaya dilaksanakan pada musim perayaan Tahun Baru Cina 2010. Ini terhasil dengan adanya sokongan padu dari seluruh masyarakat yang menetap di Malaysia tanpa mengenal warna kulit, agama, bangsa dan negara asal mereka. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat merealisasikan projek ini dengan jayanya.
Tarikh: 6hb Jun 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Kota Damansara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.





