Salam Ramadhan.

Semoga sukarelawan SALAM berada dalam keceriaan.

SIG Komuniti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dalam ops beras di Ibu Pejabat SALAM pada sabtu lepas.

Sesungguhnya jasa dan keringat kalian dalam menjayakan program My Ole-Ole ini amat kami hargai. Semoga ia bakal menjadi bekalan di hari kemudian nanti.

Teruskan memberi sokongan dan dokongan untuk usaha-usaha murni membantu masyarakat dalam menjana perubahan yang bermakna pada komuniti yang lebih memerlukan.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 23 Ogos 2010 0 comments

Salam keceriaan.

Sumbangan My Ole-Ole telah mula diagihkan kepada beberapa individu yang lebih memerlukan di sekitar Klang, Cheras, Ampang, Balakong dan beberapa tempat lagi.

Dikongsikan gambar pengagihan sumbangan My Ole-Ole;


Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 19 Ogos 2010 0 comments

PEMBUNGKUSAN & PENGAGIHAN MY OLE-OLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengumuman kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga semasa promosi my ole-ole secara langsung atau tidak di 4 Giant iaitu kelana Jaya, Bandar Kinrara, Kota Damansara, dan Shah Alam. Team my ole-ole sig Komuniti telah memasuki fasa pembungkusan dan pengagihan barang my ole-ole.



Pada hari sabtu 14hb Ogos pembungkusan my ole-ole telah diadakan di HQ Salam. Sebanyak 50 buah keluarga disasarkan dan jutaan terima kasih kepada anda yang hadir pada hari tersebut.

Pada hari Ahad pula, 15hb Ogos 2010 sebanyak 20 keluarga di Chow Kit telah mendapat bantuan dan 1 keluarga di Sg. Way. Tidak lupa juga barang tersebut, turut disumbangkan kepada Rumah Sinar Salam. Serta, keluarga yang mendapat sumbangan barangan turut mendapat sumbangan duit iaitu RM 100.00.



Terima kasih sekali lagi kepada semua dan moga-moga, apa yang kita lakukan akan mendapat manfaat kepada golongan yang memerlukan. Syabas kepada semua, kerana kita telah melakukan satu PERUBAHAN YANG BERMAKNA kepada mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut silalah layari facebook:

1) Yayasan Salam Malaysia
2) Sig Komuniti - Yayasan Salam Malaysia

Dan blog :

http://sigkomunitisalam.blogspot.com.my/

Sekian, terima kasih
Yusmunirah Muhammad Yusar

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 17 Ogos 2010 0 comments


Pembungkusan barang-barang My Ole-Ole sempena Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada 14 Ogos 2010 bersamaan hari Sabtu bertempat di Yayasan Salam Malaysia HQ pada jam 10 pagi.
Semua sukarelawan yang terlibat dan berminat dijemput membantu pada hari tersebut.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 10 Ogos 2010 0 comments

Salam perpaduan.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.

Syukur, seramai 8 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.

Dikongsikan gambar-gambar sekitar program My Ole-Ole.

Memberi penerangan program My Ole-Ole kepada pengunjung Giant.

Pn Yani sedang menyantuni pengunjung Giant.

Cik Zakiah (staf SALAM) turut hadir bagi mempromosikan program My Ole-Ole.


Bergambar bersama dari kiri; Pn Yani, Cik Zakiah, Cik Yus dan 2 orang sukarelawan baru.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 9 Ogos 2010 0 comments


GIANT BANDAR KINRARA
TARIKH : 8 OGOS 2010 ( AHAD )
WAKTU: 10am-7pm
TUGAS: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan,
HUBUNGI : Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
GIANT SUNGAI PETANI KEDAH
TARIKH : 6OGOS 2010 SEHINGGA 8 OGOS 2010 ( JUMAAT -AHAD )
WAKTU 10am-10pm
HUBUNGI : Hj. Fazilah (0195719957)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 4 Ogos 2010 0 comments

Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini pada 01hb Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Kota Damansara

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.





Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 3 Ogos 2010 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar