Salam Ramadhan.
Semoga sukarelawan SALAM berada dalam keceriaan.
SIG Komuniti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dalam ops beras di Ibu Pejabat SALAM pada sabtu lepas.
Sesungguhnya jasa dan keringat kalian dalam menjayakan program My Ole-Ole ini amat kami hargai. Semoga ia bakal menjadi bekalan di hari kemudian nanti.
Teruskan memberi sokongan dan dokongan untuk usaha-usaha murni membantu masyarakat dalam menjana perubahan yang bermakna pada komuniti yang lebih memerlukan.
Salam keceriaan.
Sumbangan My Ole-Ole telah mula diagihkan kepada beberapa individu yang lebih memerlukan di sekitar Klang, Cheras, Ampang, Balakong dan beberapa tempat lagi.
Dikongsikan gambar pengagihan sumbangan My Ole-Ole;
PEMBUNGKUSAN & PENGAGIHAN MY OLE-OLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengumuman kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga semasa promosi my ole-ole secara langsung atau tidak di 4 Giant iaitu kelana Jaya, Bandar Kinrara, Kota Damansara, dan Shah Alam. Team my ole-ole sig Komuniti telah memasuki fasa pembungkusan dan pengagihan barang my ole-ole.
Pada hari sabtu 14hb Ogos pembungkusan my ole-ole telah diadakan di HQ Salam. Sebanyak 50 buah keluarga disasarkan dan jutaan terima kasih kepada anda yang hadir pada hari tersebut.
Pada hari Ahad pula, 15hb Ogos 2010 sebanyak 20 keluarga di Chow Kit telah mendapat bantuan dan 1 keluarga di Sg. Way. Tidak lupa juga barang tersebut, turut disumbangkan kepada Rumah Sinar Salam. Serta, keluarga yang mendapat sumbangan barangan turut mendapat sumbangan duit iaitu RM 100.00.
Terima kasih sekali lagi kepada semua dan moga-moga, apa yang kita lakukan akan mendapat manfaat kepada golongan yang memerlukan. Syabas kepada semua, kerana kita telah melakukan satu PERUBAHAN YANG BERMAKNA kepada mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut silalah layari facebook:
1) Yayasan Salam Malaysia
2) Sig Komuniti - Yayasan Salam Malaysia
Dan blog :
http://sigkomunitisalam.blogspot.com.my/
Sekian, terima kasih
Yusmunirah Muhammad Yusar
Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.
Syukur, seramai 8 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.
TARIKH : 8 OGOS 2010 ( AHAD )