30 Mei 2011

Kepada Pihak Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

Memohon Tajaan – PROGRAM HEALTH AND HYGIENE

Sukacita dimaklumkan bahawa sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan
menganjurkan program di atas di Perkampungan Orang Asli Renglas, Cameron Highland,
Pahang pada 25 – 26 Jun 2011.

Antara objektif program ialah bagi menerapkan amalan menjaga kebersihan dan kesihatan selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama komuniti Orang Asli di kawasan pendalaman.

Sehubungan itu, kami ingin mempelawa pihak tuan agar sudi untuk menaja sebarang kos
perbelanjaan sama ada berbentuk barangan atau wang tunai bagi menjayakan program tersebut.

Sumbangan tunai berjumlah RM50.00 dan ke atas, layak mendapat resit pengecualian cukai dan ditulis seperti berikut:-

Nama Pemegang Akaun : Yayasan Salam Malaysia
Akaun No. : 307 287 9302 (Public Bank Berhad); atau
1249 0014 3870 58 (CIMB Bank)
Tujuan : Menaja Program Health & Hygiene

Sumbangan pihak tuan/puan amat besar maknanya dalam memastikan kejayaan program ini dan seterusnya memberi manfaat kepada golongan tersebut.

Susulan daripada surat permohonan ini, kami akan menghubungi pihak tuan dalam tempoh
terdekat untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi

Saudari Mona (013-6363290) / Nani (016-3658063) / Puan Masriah (03-79584021).

Kerjasama dari pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

MD GHANI BIN IBRAHIM
Ketua Pegawai Operasi

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 30 Mei 2011 0 comments

Para sukarelawan yang ada kelapangan dijemput membantu kami untuk menyusun, re-packing dan menyimpan barangan yang didermakan oleh orang ramai untuk SIG-SIG di Pejabat SALAM pada 05 Jun 2011 (Ahad), jam 10.00 pagi.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Ahad, 29 Mei 2011 0 comments

Assalammualaikum & Slm Sejahtera,
Terima kasih yg t'hingga buat semua sukarelawan, badan korporat (GIANT) & individu yg telah menjayakan Program Hargai Keistimewaanku pada 21 Mei 2011 yg lalu. Semoga segala usaha & tenaga kalian mendpt balasan yg setimpal & semoga ia telah dpt Menjana Perubahan Bermakna bg insan yg memerlukan. -yanie-

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 24 Mei 2011 0 comments

FAKTA:
Sumbangan My Ole-Ole telah digunakan untuk membantu Misi Mencari mangsa tanah runtuh di Rumah Anak2 Yatim At Taqwa, Batu 14, Hulu Langat.
Salah satu objektif program ini benar-benar tercapai..

Sukarelawan! Ayuh kita terus menjana perubahan bermakna!!

Posted by Yayasan Salam Malaysia Ahad, 22 Mei 2011 0 comments

Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang dikasihi...

Satu lagi Program SIG Komuniti yang akan diadakan dalam masa terdekat ini ialah "PROGRAM HARGAI KEISTIMEWAANKU"

Maklumat lanjut berkenaan program ialah

Tempat : PDK Selayang, Selangor.
Tarikh : 21hb Mei 2011
Penyertaan : 30 OKU PDK Selayang, Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami dari pihak penganjur ingin mengalu-alukan anda para Dermawan yang Budiman bagi sumbangan makanan, goodies item, ataupun kewangan untuk program ini.

Sila hubungi kami di :

1 ) ilyana.ilyana@yahoo.com - Lia (012-2403401) -PENGARAH PROJEK
2 ) yusyimura_ymy@yahoo.com - yus (012-3013701) -SETIAUSAHA

Sekian, terima kasih.

-Yusmunirah Muhammad Yusar

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 18 Mei 2011 0 comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua :)

Satu program kesihatan bersama masyarakat di penempatan Orang Asli ('Health and Hygiene') akan dianjurkan oleh SIG Komuniti.

Program tersebut akan di adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 25 hingga 26 Jun 2011
Tempat: Perkampungan Orang Asli Renglas, Cameron Highland, Pahang.

Para sukarelawan yang budiman dijemput untuk bersama terlibat dalam program tersebut. Bagi yang berminat menjadi peserta dan AJK, sila hantarkan butiran berikut dengan kadar yang segera:

Nama:
Emel:
No. Telefon:
Kenderaan : ADA/TIADA (Sila nyatakan jenis kenderaan kereta untuk tujuan 'car-pool'. Bagi yang mempunyai 4x4 amat digalakkan untuk di bawa pada waktu program)

Tempat ADALAH TERHAD dan akan DIKENAKAN BAYARAN .

Sila emel penyertaan anda secepat yang mungkin.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ,
Mona(013-6363290)atau Kak Nani (016-3658063).

Sekian, terima kasih...

Jumpa anda nanti..:)

' Bersama Menjana Perubahan Bermakna'



SIG KOMUNITI
YAYASAN SALAM MALAYSIA

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments

SIG Komuniti, Yayasan SALAM Malaysia (YSM) berbesar hati mempelawa rakan sukarelawan yang lain untuk menyertai program di atas yang akan dijalankan seperti di bawah:

Tarikh/Hari

:

21 Mei 2011 / Sabtu

Masa

:

7.00 pagi – 2.00 petang

Tempat

:

PDK Selayang, Selangor

Kenderaan

:

Car-pool

Sumbangan Sukarelawan

:

RM10.00

Sukarelawan yang berminat, sila emelkan NAMA PENUH & NO. TELEFON ke alamat emel ilyana.ilyana@yahoo.com (Lia). Hanya 30 lagi kekosongan – ‘First Come First Served!

Memandangkan peserta program adalah kalangan OKU, khidmat sukarelawan untuk sama-sama membantu mereka mewarna ‘fridge magnet’ dengan kreatif dan ceria adalah sangat diperlukan. Di samping itu, terdapat 2 lagi aktiviti lain yang melibatkan peserta dan sukarelawan. Turut dilampirkan agenda program untuk makluman.

Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, interaksi dan komunikasi yang lebih baik pasti akan terjalin antara kedua-dua pihak, peserta dan sukarelawan itu sendiri.

Terima kasih.

AGENDA of “HARGAI KEISTIMEWAANKU”

TIME

ACTIVITY

7.00 am

1. Gather at YSM

2. Registration

3. Briefing

7.15am

Off to PDK

8.00 am

Arrive at PDK

8.00 am

Breakfast

8.35 am

9.00 am

  • Recital of du’a
  • Welcome speech by Pentadbir PDK Selayang
  • Speech by COO SALAM
  • Volunteers & Participants divided into group

9.15 am

- ‘Fridge Magnet’ painting

- Break

10.15 am

Competition of ‘Magic Chair’

10.45 am

‘Fridge Magnet’ painting continues

11.30 am

Competition of ‘Charade’

12.00 pm

* Prize presentation

* Closing ceremony

* Photo session

12.20 pm

-Lunch

-Dismiss

Salam Hormat,

Description: Description: Description: hi-res salam logo_3

Yayasan Salam Malaysia

www.salam.org.my

Tel: 603-79584021 / Fax: 603-79584031

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar