Kami di SIG Komuniti SALAM mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru.."

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEyh2e9yQV9kf8liyX7hUnrhhMnRmElgqyulG60vIwD5qAYwQdmBFKCQHy_PuwzsaVlgvSw0CQacDbks89mbxCnA7Z8yfXbIq8WOJexGtdXBCFX9JsNQa6WUnW-rpa3kR1zHKmFG7OwNo/s1600/sms+tahun+baru+2011.jpg

Posted by Yayasan Salam Malaysia Jumaat, 31 Disember 2010 0 comments

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe-eKoO9dDwNVcAs_RcCac2k1Y1GI_K8wpSdydHEm7FKjBSbuX_Wkrb-0dTwfH-DThd2VHtw54eJW9ZyChIDyDhumeD-RbzDvsgAahQ8Srb-DUVv-Wh9DRI7PLBYbYbLP3mVGm2la2iapQ/s1600/sijil+n+plag.jpg

Salam sejahtera kepada semua sukarelawan.

HARI PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2010

Yayasan Salam Malaysia (SALAM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang berkhidmat sepanjang tahun 2010. Pengorbanan dan sokongan para sukarelawan dalam membantu komuniti yang memerlukan sememangnya disanjung tinggi. Jasa dan penglibatan semua, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sebagai menghargai jasa para sukarelawan, SALAM menjemput semua sukarelawan yang berdaftar untuk bersama-sama menjayakan HARI PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2010 seperti berikut:

Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Aktiviti : (i) Majlis Penghargaan Sukarelawan
(ii) Hari Keluarga Sukarelawan

(i) Majlis Penghargaan Sukarelawan (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari)
Majlis ini adalah untuk meraikan para sukarelawan yang berkhidmat di sepanjang tahun 2010. Dalam majlis ini SALAM akan menyampaikan penghargaan kepada para sukarelawan yang aktif dan organisasi yang banyak membantu menjayakan program SALAM dalam tahun 2010. Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia bersama para Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Semua sukarelawan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

8.00 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: - Persembahan pembukaan
- Ucapan aluan Ketua Pegawai Operasi SALAM
- Penyerahan Penghargaan kepada para sukarelawan
- Penyerahan Penghargaan kepada organisasi korporat/kerajaan/NGO
- Persembahan dari beberapa kumpulan sukarelawan
- Ucapan penutup oleh Pengerusi SALAM
12.00 tgh: Jamuan Tengahari

(ii) Hari Keluarga Sukarelawan SALAM (2.00 petang hingga 5.00 petang)
Selepas Majlis Penghargaan Sukarelawan selesai, para sukarelawan dijemput untuk menyertai Hari Keluarga Sukarelawan di tempat yang sama. Hari Keluarga Sukarelawan ini bertujuan untuk mengumpulkan para sukarelawan di samping untuk mengeratkan hubungan sesama kita. SALAM berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan pada aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini. Hari Keluarga ini akan dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sukaneka dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak. Aktiviti sukaneka hari keluarga akan bermula pada jam 2.00 petang dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik. Sukarelawan dijemput membawa keluarga masing-masing, termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah untuk menyertai pertandingan mewarna (sila bawa pencil warna sendiri). Aturcara Hari Keluarga adalah seperti berikut:

2.00 ptg: Pendaftaran
- Sukaneka bermula
- Pertandingan mewarna kanak-kanak bermula
- Pameran
4.30 ptg: Penyampaian hadiah
- Jamuan Petang
5.00 ptg: Bersurai

Sukarelawan yang berminat untuk menyertai Hari Penghargaan Sukarelawan ini, sila hubungi Nal Azri Nawawi di talian 03-7958 4021 atau emailkan nama penuh dan nombor telefon ke nal@salam.org.my sebelum 7 Januari 2011.

Penyertaan adalah PERCUMA. Semua sukarelawan dijemput hadir dan mengambil bahagian.

-NAL-
Nal Azri Nawawi
Yayasan Salam Malaysia
03-79584021

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 30 Disember 2010 0 comments

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SUKARELAWAN YANG TERLIBAT DENGAN 
PADA
18 dec - 19 dec 2010

sila lawati facebook : SIG KOMUNITI untuk lebih banyak gambar!!













Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 22 Disember 2010 3 comments

MOHON
untuk bantuan sukarelawan bagi program charity sales di TESCO RAWANG

nama program: charity sales

tujuan: mengumpul dana untuk keluarga yang memerlukan
tempat: tesco rawang
tarikh: 18 dec - 19 dec 2010 ( sabtu hingga ahad)
masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
tugas mengikut shift: 1 shift 3 org
1) shift 1 (9am-12pm)
2) shift 2 (12pm-3pm)
3) shift 3 (3pm-6pm)
4) shift 4 (6pm-9pm)

skop tugas: menjaga kaunter / booth di jualan amal

hubungi: irnie ( 012-2965165) @ emel: irniesb@yahoo.com

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 16 Disember 2010 0 comments


charity sales

Akan diadakan pada 18-19 disember di tesco (lokasi akan diberitahu kelak).

Mohon bantuan untuk mendapatkan barang-barang jualan seperti berikut:
Barang Perhiasan



  • Kasut,Bag

  • Buku

  • Novel

  • Komik

  • Barang Permainan

  • Perkakas Rumah

  • Barangan Antik


MAKLUMAN:

Pakaian terlalu banyak telah disumbangkan dan ianya memerlukan bantuan mengasingkannya.

Mohon untuk datang membantu. Program ini akan diketua oleh irnie dan dibantu oleh ash. keterangan seperti berikut:

tarikh: 11/12/2010 (sabtu)
tempat: PEJABAT SALAM
masa: 10 pagi sehingga selesai

sekian terima kasih.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 9 Disember 2010 0 comments



Nabi Saw bersabda: 
"Siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka itu lebih baginya dari pada I'tikaf selama 10 tahun. Dan barangsiapa I'tikaf satu hari untuk mencari ridha Allah, maka Allah menjadikan tiga parit antara dirinya dan neraka. Jarak setiap parit seperti jarak antara timur dan barat" (HR.Thabrani, Hasan).

Renungilah hadis ini.. besar ganjaran yang Allah janjikan..  

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 21 Oktober 2010 0 comments

DARI SUDUT DEPAN

Ini adalah "storage box" yang telah disediakan oleh pihak Giant
Kini berada di GIANT SHAH ALAM DAN GIANT KOTA DAMANSARA


DARI SUDUT TEPI

Posted by Yayasan Salam Malaysia Jumaat, 15 Oktober 2010 0 comments

Sumber: Berita Harian (Selasa, 28 September 2010) Bahagian Sentral muka surat 7

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 28 September 2010 0 comments



Salam ceria.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.Kali ini di;
Giant Hypermarket Shah Alam
Tarikh: 2hb Oktober 2010 (Sabtu)
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang
Syif 2 : 3.00 petang sehingga 6.00 petang
Syif 3 : 6.00 petang sehingga 9.00 malam2)
Giant Hypermarket Kota Damansara
Tarikh: 3hb Oktober 2010 (Ahad)
Masa: Mengikut syif S
yif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi;
Alisa (012-2666571).
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments



Salam ceria.

Semoga hari anda seceria mentari pagi. (",)v

Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.

Kali ini di;

Tarikh: 2hb Oktober 2010 (Sabtu)

Tempat: Giant Hypermarket Shah Alam

Masa: Mengikut syif

Syif 1 : 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang
Syif 2 : 3.00 petang sehingga 6.00 petang
Syif 3 : 6.00 petang sehingga 9.00 malam

Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.

Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571).

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.


Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments



Salam syawal.

Sukarelawan yang dihormati,

SIG Komuniti SALAM akan mengadakan satu program pada;

Hari: Ahad (26 September 2010)
Jam: 10 pagi sehingga 2 petang
Tempat: Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong.

Bagi sukarelawan yang berminat menyertainya, sila hubungi Yani ditalian 016-6210598 untuk mengesahkan kehadiran anda. Penyertaan terbuka kepada 20 orang sukarelawan sahaja. Cepat daftarkan diri anda sebelum 22 September 2010.

Sumbangan barangan juga kewangan dari sukarelawan juga dialu-alukan bagi menampung kos pada hari tersebut.

Kepada sukarelawan yang telah mengesahkan kehadiran, jumpa anda di Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia pada Ahad jam 8.30 pagi. Pengangkutan adalah secara car pool.

Antara yang menarik dalam semarak syawal adalah;
1. Pertandingan mengayam ketupat
2. Menonton cerita P. Ramlee bersama warga Rumah Orang Tua Al Ikhlas.

Doakan semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong serta mendokong usaha-usaha dalam menjana perubahan yang bermakna kepada komuniti yang lebih memerlukan. Teruskan bersama SIG Komuniti SALAM.



Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 21 September 2010 1 comments

Special Interest Group (SIG) Komuniti
Yayasan Salam Malaysia
ingin mengucapkan..


Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 8 September 2010 0 comments

Salam keceriaan.

Sumbangan My Ole-Ole telah mula diagihkan kepada beberapa individu yang lebih memerlukan di sekitar Kuala Krau, Kuantan dan beberapa tempat lagi.

Kami juga berkesempatan menziarahi sukarelawan SALAM Pahang, En Madi yang baru sahaja beransur pulih dari sakit strok yang dialaminya beberapa bulan lepas. En Madi merupakan salah seorang sukarelawan SALAM yang paling aktif menggerakkan kerja-kerja sukarelawan di Pahang khususnya. Kami doakan En Madi sembuh segera supaya dapat En Madi berbakti semula kepada masyarakat. Ameen.

Dikongsikan gambar pengagihan sumbangan My Ole-Ole;

Penduduk Kampung Orang Asli Kuala Krau, Pahang.

Bergambar bersama penghuni rumah anak yatim Casa Harapan, Pahang.

Menziarahi sukarelawan SALAM Pahang, En Madi.
Mengagihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Rumah penerima sumbangan My Ole-Ole.

Dihadapan rumah penerima sumbangan My Ole-Ole.

Bergambar bersama rumah anak yatim, Pahang.

Bergambar bersama kakitangan Drugs Intervention Community (DIC) Pahang.

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments



Salam Ramadhan.

Semoga sukarelawan SALAM berada dalam keceriaan.

SIG Komuniti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dalam ops beras di Ibu Pejabat SALAM pada sabtu lepas.

Sesungguhnya jasa dan keringat kalian dalam menjayakan program My Ole-Ole ini amat kami hargai. Semoga ia bakal menjadi bekalan di hari kemudian nanti.

Teruskan memberi sokongan dan dokongan untuk usaha-usaha murni membantu masyarakat dalam menjana perubahan yang bermakna pada komuniti yang lebih memerlukan.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 23 Ogos 2010 0 comments

Salam keceriaan.

Sumbangan My Ole-Ole telah mula diagihkan kepada beberapa individu yang lebih memerlukan di sekitar Klang, Cheras, Ampang, Balakong dan beberapa tempat lagi.

Dikongsikan gambar pengagihan sumbangan My Ole-Ole;


Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 19 Ogos 2010 0 comments

PEMBUNGKUSAN & PENGAGIHAN MY OLE-OLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pengumuman kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga semasa promosi my ole-ole secara langsung atau tidak di 4 Giant iaitu kelana Jaya, Bandar Kinrara, Kota Damansara, dan Shah Alam. Team my ole-ole sig Komuniti telah memasuki fasa pembungkusan dan pengagihan barang my ole-ole.



Pada hari sabtu 14hb Ogos pembungkusan my ole-ole telah diadakan di HQ Salam. Sebanyak 50 buah keluarga disasarkan dan jutaan terima kasih kepada anda yang hadir pada hari tersebut.

Pada hari Ahad pula, 15hb Ogos 2010 sebanyak 20 keluarga di Chow Kit telah mendapat bantuan dan 1 keluarga di Sg. Way. Tidak lupa juga barang tersebut, turut disumbangkan kepada Rumah Sinar Salam. Serta, keluarga yang mendapat sumbangan barangan turut mendapat sumbangan duit iaitu RM 100.00.



Terima kasih sekali lagi kepada semua dan moga-moga, apa yang kita lakukan akan mendapat manfaat kepada golongan yang memerlukan. Syabas kepada semua, kerana kita telah melakukan satu PERUBAHAN YANG BERMAKNA kepada mereka yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut silalah layari facebook:

1) Yayasan Salam Malaysia
2) Sig Komuniti - Yayasan Salam Malaysia

Dan blog :

http://sigkomunitisalam.blogspot.com.my/

Sekian, terima kasih
Yusmunirah Muhammad Yusar

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 17 Ogos 2010 0 comments


Pembungkusan barang-barang My Ole-Ole sempena Hari Raya Aidilfitri akan diadakan pada 14 Ogos 2010 bersamaan hari Sabtu bertempat di Yayasan Salam Malaysia HQ pada jam 10 pagi.
Semua sukarelawan yang terlibat dan berminat dijemput membantu pada hari tersebut.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 10 Ogos 2010 0 comments

Salam perpaduan.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.

Syukur, seramai 8 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.

Dikongsikan gambar-gambar sekitar program My Ole-Ole.

Memberi penerangan program My Ole-Ole kepada pengunjung Giant.

Pn Yani sedang menyantuni pengunjung Giant.

Cik Zakiah (staf SALAM) turut hadir bagi mempromosikan program My Ole-Ole.


Bergambar bersama dari kiri; Pn Yani, Cik Zakiah, Cik Yus dan 2 orang sukarelawan baru.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 9 Ogos 2010 0 comments


GIANT BANDAR KINRARA
TARIKH : 8 OGOS 2010 ( AHAD )
WAKTU: 10am-7pm
TUGAS: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan,
HUBUNGI : Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
GIANT SUNGAI PETANI KEDAH
TARIKH : 6OGOS 2010 SEHINGGA 8 OGOS 2010 ( JUMAAT -AHAD )
WAKTU 10am-10pm
HUBUNGI : Hj. Fazilah (0195719957)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 4 Ogos 2010 0 comments

Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini pada 01hb Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Kota Damansara

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.





Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 3 Ogos 2010 0 comments



Salam ceria.

Promosi My Ole-Ole kini di utara..

Kali ini di;

Tarikh: 30hb Julai 2010 - 01 Ogos 2010 (Jumaat sehingga Ahad)

Tempat: Giant Alor Setar

Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.

Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Hj. Fazilah (019-5719957) atau Natrah (012-5027819)

Selamat bersukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 29 Julai 2010 0 comments



Salam sejahtera sukarelawan.

Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.

Kali ini di;

Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)

Tempat: Giant Hypermarket Kota Damansara

Masa: Mengikut syif

Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Publish Post

Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.

Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 27 Julai 2010 0 comments

Salam perpaduan.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Shah Alam pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.

Syukur, seramai 16 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.

Selain itu, pihak Giant juga ada menyumbang barangan untuk program My Ole-Ole. Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada pihak Giant di atas sumbangan serta kerjasama baik sepanjang program My Ole-Ole di jalankan.

Disertakan gambar-gambar sekitar program My Ole-Ole.





Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.

Selamat bersukarela.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 26 Julai 2010 0 comments


Maktab Kerjasama Malaysia akan berkerjasama dengan Yayasan Salam melalui program My Ole-Ole.

Majlis Perwakilan Pelajar, Maktab Kerjasama Malaysia akan mengadakan "Charity Car Wash" bagi mengumpul dana untuk program My Ole-Ole



Berikut adalah mengenai "Charity Car Wash"

Tarikh: 22 Julai 2010 (Khamis)
Masa: 1 petang – 6 petang
Tempat: Bangunan UDA, Maktab Kerjasama Malaysia (bersebelahan CALTEX)
Harga: Kereta – RM7
Motosikal – RM 4

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Shafiq 0129173043 atau Saudara Azman 012-9456457




Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 22 Julai 2010 0 comments



ASAS MENOLONG KOMUNITI TERPINGGIR
23 Julai 2010

Alisah Kassim

Diyana Nordin

Mastura Mokhtar

Monaliza

Noorhasliza Sazali

Nor Aniza Ramli

Noraini Long

Norazizan Ghani

Norkarimah

Norlasliti Hj. Hassan

Norzamliza Zahari

Norzehan

Nur Ly Azyani Binti Azmi

Nurhafiza Ali Muzan

Nurul Farah Atikah Said

Nurul Hani Mohd Hata

Nurul Hasanah Ramlan

Raffi Jaafar

Roesnani bte Ihsan

Rosalina Tan Roslan Tan

Salfaliza Mat Saad

Siti Fatimah Binti Yusof

Siti Salmah Mohd Wali

Suhaida Ghazali

Syahrul

Syarifah Nuradura

Too Yee Hong

Wan Siti Farizan Mohamed Rani

Yoo Sang Nge (Mr)

Yusmunirah Muhammad Yusar

Zaireen Abdullah

Zubaidah Salamat

Zulharis Zainal

Zuraidah Abdul Aziz

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar