Kami di SIG Komuniti SALAM mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru.."
Salam sejahtera kepada semua sukarelawan.
HARI PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2010
Yayasan Salam Malaysia (SALAM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang berkhidmat sepanjang tahun 2010. Pengorbanan dan sokongan para sukarelawan dalam membantu komuniti yang memerlukan sememangnya disanjung tinggi. Jasa dan penglibatan semua, kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sebagai menghargai jasa para sukarelawan, SALAM menjemput semua sukarelawan yang berdaftar untuk bersama-sama menjayakan HARI PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2010 seperti berikut:
Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Aktiviti : (i) Majlis Penghargaan Sukarelawan
(ii) Hari Keluarga Sukarelawan
(i) Majlis Penghargaan Sukarelawan (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari)
Majlis ini adalah untuk meraikan para sukarelawan yang berkhidmat di sepanjang tahun 2010. Dalam majlis ini SALAM akan menyampaikan penghargaan kepada para sukarelawan yang aktif dan organisasi yang banyak membantu menjayakan program SALAM dalam tahun 2010. Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia bersama para Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Semua sukarelawan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Aturcara majlis adalah seperti berikut:
8.00 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: - Persembahan pembukaan
- Ucapan aluan Ketua Pegawai Operasi SALAM
- Penyerahan Penghargaan kepada para sukarelawan
- Penyerahan Penghargaan kepada organisasi korporat/kerajaan/NGO
- Persembahan dari beberapa kumpulan sukarelawan
- Ucapan penutup oleh Pengerusi SALAM
12.00 tgh: Jamuan Tengahari
(ii) Hari Keluarga Sukarelawan SALAM (2.00 petang hingga 5.00 petang)
Selepas Majlis Penghargaan Sukarelawan selesai, para sukarelawan dijemput untuk menyertai Hari Keluarga Sukarelawan di tempat yang sama. Hari Keluarga Sukarelawan ini bertujuan untuk mengumpulkan para sukarelawan di samping untuk mengeratkan hubungan sesama kita. SALAM berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan pada aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini. Hari Keluarga ini akan dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sukaneka dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak. Aktiviti sukaneka hari keluarga akan bermula pada jam 2.00 petang dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik. Sukarelawan dijemput membawa keluarga masing-masing, termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah untuk menyertai pertandingan mewarna (sila bawa pencil warna sendiri). Aturcara Hari Keluarga adalah seperti berikut:
2.00 ptg: Pendaftaran
- Sukaneka bermula
- Pertandingan mewarna kanak-kanak bermula
- Pameran
4.30 ptg: Penyampaian hadiah
- Jamuan Petang
5.00 ptg: Bersurai
Sukarelawan yang berminat untuk menyertai Hari Penghargaan Sukarelawan ini, sila hubungi Nal Azri Nawawi di talian 03-7958 4021 atau emailkan nama penuh dan nombor telefon ke nal@salam.org.my sebelum 7 Januari 2011.
Penyertaan adalah PERCUMA. Semua sukarelawan dijemput hadir dan mengambil bahagian.
-NAL-
Nal Azri Nawawi
Yayasan Salam Malaysia
03-79584021
MOHON
untuk bantuan sukarelawan bagi program charity sales di TESCO RAWANG
nama program: charity sales
tujuan: mengumpul dana untuk keluarga yang memerlukan
tempat: tesco rawang
tarikh: 18 dec - 19 dec 2010 ( sabtu hingga ahad)
masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
tugas mengikut shift: 1 shift 3 org
1) shift 1 (9am-12pm)
2) shift 2 (12pm-3pm)
3) shift 3 (3pm-6pm)
4) shift 4 (6pm-9pm)
skop tugas: menjaga kaunter / booth di jualan amal
hubungi: irnie ( 012-2965165) @ emel: irniesb@yahoo.com
Akan diadakan pada 18-19 disember di tesco (lokasi akan diberitahu kelak).
Mohon bantuan untuk mendapatkan barang-barang jualan seperti berikut:
Barang Perhiasan
- Kasut,Bag
- Buku
- Novel
- Komik
- Barang Permainan
- Perkakas Rumah
- Barangan Antik
MAKLUMAN:
tarikh: 11/12/2010 (sabtu)
tempat: PEJABAT SALAM
masa: 10 pagi sehingga selesai
sekian terima kasih.
Salam ceria.
Semoga hari anda seceria mentari pagi. (",)v
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini di;
Tarikh: 2hb Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat: Giant Hypermarket Shah Alam
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 12.00 tengahari sehingga 3.00 petang
Syif 2 : 3.00 petang sehingga 6.00 petang
Syif 3 : 6.00 petang sehingga 9.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571).
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.
Salam syawal.
Sukarelawan yang dihormati,
SIG Komuniti SALAM akan mengadakan satu program pada;
Hari: Ahad (26 September 2010)
Jam: 10 pagi sehingga 2 petang
Tempat: Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong.
Bagi sukarelawan yang berminat menyertainya, sila hubungi Yani ditalian 016-6210598 untuk mengesahkan kehadiran anda. Penyertaan terbuka kepada 20 orang sukarelawan sahaja. Cepat daftarkan diri anda sebelum 22 September 2010.
Sumbangan barangan juga kewangan dari sukarelawan juga dialu-alukan bagi menampung kos pada hari tersebut.
Kepada sukarelawan yang telah mengesahkan kehadiran, jumpa anda di Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia pada Ahad jam 8.30 pagi. Pengangkutan adalah secara car pool.
Antara yang menarik dalam semarak syawal adalah;
1. Pertandingan mengayam ketupat
2. Menonton cerita P. Ramlee bersama warga Rumah Orang Tua Al Ikhlas.
Doakan semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
Terima kasih kepada semua yang menyokong serta mendokong usaha-usaha dalam menjana perubahan yang bermakna kepada komuniti yang lebih memerlukan. Teruskan bersama SIG Komuniti SALAM.
Special Interest Group (SIG) Komuniti
Yayasan Salam Malaysia
ingin mengucapkan..
Salam keceriaan.
Sumbangan My Ole-Ole telah mula diagihkan kepada beberapa individu yang lebih memerlukan di sekitar Kuala Krau, Kuantan dan beberapa tempat lagi.
Kami juga berkesempatan menziarahi sukarelawan SALAM Pahang, En Madi yang baru sahaja beransur pulih dari sakit strok yang dialaminya beberapa bulan lepas. En Madi merupakan salah seorang sukarelawan SALAM yang paling aktif menggerakkan kerja-kerja sukarelawan di Pahang khususnya. Kami doakan En Madi sembuh segera supaya dapat En Madi berbakti semula kepada masyarakat. Ameen.
Bergambar bersama penghuni rumah anak yatim Casa Harapan, Pahang.
Salam Ramadhan.
Semoga sukarelawan SALAM berada dalam keceriaan.
SIG Komuniti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang hadir dalam ops beras di Ibu Pejabat SALAM pada sabtu lepas.
Sesungguhnya jasa dan keringat kalian dalam menjayakan program My Ole-Ole ini amat kami hargai. Semoga ia bakal menjadi bekalan di hari kemudian nanti.
Teruskan memberi sokongan dan dokongan untuk usaha-usaha murni membantu masyarakat dalam menjana perubahan yang bermakna pada komuniti yang lebih memerlukan.
Salam keceriaan.
Sumbangan My Ole-Ole telah mula diagihkan kepada beberapa individu yang lebih memerlukan di sekitar Klang, Cheras, Ampang, Balakong dan beberapa tempat lagi.
Dikongsikan gambar pengagihan sumbangan My Ole-Ole;
PEMBUNGKUSAN & PENGAGIHAN MY OLE-OLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pengumuman kepada semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga semasa promosi my ole-ole secara langsung atau tidak di 4 Giant iaitu kelana Jaya, Bandar Kinrara, Kota Damansara, dan Shah Alam. Team my ole-ole sig Komuniti telah memasuki fasa pembungkusan dan pengagihan barang my ole-ole.
Pada hari sabtu 14hb Ogos pembungkusan my ole-ole telah diadakan di HQ Salam. Sebanyak 50 buah keluarga disasarkan dan jutaan terima kasih kepada anda yang hadir pada hari tersebut.
Pada hari Ahad pula, 15hb Ogos 2010 sebanyak 20 keluarga di Chow Kit telah mendapat bantuan dan 1 keluarga di Sg. Way. Tidak lupa juga barang tersebut, turut disumbangkan kepada Rumah Sinar Salam. Serta, keluarga yang mendapat sumbangan barangan turut mendapat sumbangan duit iaitu RM 100.00.
Terima kasih sekali lagi kepada semua dan moga-moga, apa yang kita lakukan akan mendapat manfaat kepada golongan yang memerlukan. Syabas kepada semua, kerana kita telah melakukan satu PERUBAHAN YANG BERMAKNA kepada mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut silalah layari facebook:
1) Yayasan Salam Malaysia
2) Sig Komuniti - Yayasan Salam Malaysia
Dan blog :
http://sigkomunitisalam.blogspot.com.my/
Sekian, terima kasih
Yusmunirah Muhammad Yusar
Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.
Syukur, seramai 8 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.
TARIKH : 8 OGOS 2010 ( AHAD )
Salam ceria.
Promosi My Ole-Ole kini di utara..
Kali ini di;
Tarikh: 30hb Julai 2010 - 01 Ogos 2010 (Jumaat sehingga Ahad)
Tempat: Giant Alor Setar
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Hj. Fazilah (019-5719957) atau Natrah (012-5027819)
Selamat bersukarela.
Salam sejahtera sukarelawan.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini di;
Tarikh: 01hb Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Kota Damansara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.
Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Shah Alam pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.
Syukur, seramai 16 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.
Selain itu, pihak Giant juga ada menyumbang barangan untuk program My Ole-Ole. Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada pihak Giant di atas sumbangan serta kerjasama baik sepanjang program My Ole-Ole di jalankan.
Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.
Selamat bersukarela.
Maktab Kerjasama Malaysia akan berkerjasama dengan Yayasan Salam melalui program My Ole-Ole.
Majlis Perwakilan Pelajar, Maktab Kerjasama Malaysia akan mengadakan "Charity Car Wash" bagi mengumpul dana untuk program My Ole-Ole
Berikut adalah mengenai "Charity Car Wash"
Tarikh: 22 Julai 2010 (Khamis)
Masa: 1 petang – 6 petang
Tempat: Bangunan UDA, Maktab Kerjasama Malaysia (bersebelahan CALTEX)
Harga: Kereta – RM7
Motosikal – RM 4
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Shafiq 0129173043 atau Saudara Azman 012-9456457
ASAS MENOLONG KOMUNITI TERPINGGIR
23 Julai 2010
Alisah Kassim
Diyana Nordin
Mastura Mokhtar
Monaliza
Noorhasliza Sazali
Nor Aniza Ramli
Noraini Long
Norazizan Ghani
Norkarimah
Norlasliti Hj. Hassan
Norzamliza Zahari
Norzehan
Nur Ly Azyani Binti Azmi
Nurhafiza Ali Muzan
Nurul Farah Atikah Said
Nurul Hani Mohd Hata
Nurul Hasanah Ramlan
Raffi Jaafar
Roesnani bte Ihsan
Rosalina Tan Roslan Tan
Salfaliza Mat Saad
Siti Fatimah Binti Yusof
Siti Salmah Mohd Wali
Suhaida Ghazali
Syahrul
Syarifah Nuradura
Too Yee Hong
Wan Siti Farizan Mohamed Rani
Yoo Sang Nge (Mr)
Yusmunirah Muhammad Yusar
Zaireen Abdullah
Zubaidah Salamat
Zulharis Zainal
Zuraidah Abdul Aziz