HULU LANGAT: Yayasan Salam meneruskan usaha menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan memerlukan dengan mengunjungi perkampungan orang asli di Kampung Genting Peras di sini bagi mendidik penduduk kampung mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan.

Program berkenaan susulan program My Ole-Ole anjuran yayasan itu sejak Januari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bermatlamat menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik bagi membolehkan merekan meraikan perayaan berkenaan.
Pada program itu, 36 keluarga Orang Asli menerima kampit beras Bernas untuk setiap keluarga, selain pelbagai barangan kering lain seperti minyak masak, biskut dan sebagainya menerusi sesi cabutan bertuah yang turut di adakan.

Ketua Program, Nor Aniza Ramli berkata program berkenaan turut di adakan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma serta mendidik penduduk kampung mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.

"Sembilan pelajar perubatan turut menyertai program lawatan ini diketuai Kanit Tha Deang selain pelajar Help Institute dan seorang pelajar dari Vietnam. Mereka melakukan sesi pemeriksaan kesihatan termasuk teknik memberus gigi serta cara membasuh tangan dengan bersih kepada kanak.

"Kanak-kanak juga diberi minum ubat cacing oleh PPUKM bagi memastikan mereka membesar dengan lebih sihat dengan harapan dapat mendedahkan mereka dengan pengetahuan mengenai kepentingan menjaga kesihatan secara asas," katanya.

Mengeratkan lagi hubungan, anggota Yayasan Salam dan pelajar juga turut bekerjasama memasak makanan tengahari untuk menjamu penduduk kampung. Lebih meriah, acara diteruskan dengan program sukaneka serta penyampaian hadiah.

Aniza berkata, Kampung Genting Peras terpilih dalam senarai program My Ole-Ole disebabkan kedudukannya agak terpinggir terutama dari segi kemudahan asas seperti bekalan eletrik walaupun lokasinya tidak jauh dari pekan Hulu Langat.

Beliau berkata, Yayasan Salam merancang meneruskan sesi lawatan seumpama ini dan kini memfokuskan My Ole-Ole sempena kedatangan Aidilfitri dan Deepavali selepas ini.

"Malah kutipan barang keperluan asas untuk didermakan kepada golongan kurang upaya sempena program ini juga sudah bermula dengan tumpuan di pasar raya hiper, " katanya.

Sumber: Berita Harian 12April2010 (Isnin) muka surat 04 (Sentral)

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 13 April 2010

0 comments

Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar