Bismillahirrahmannirrahim..
Demi mengharap redha Illahi, saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama teman-teman sekalian.
Pertamanya, assalamualaikum semua,
Semoga kalian berada di dalam kesihatan yang baik serta berada di bawah lembayung rahmat Illahi. ameen. =)
Alhamdulillah. syukur, syukur dan syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana memberi kesihatan yang baik serta ruang dan peluang untuk saya terus berkhidmat untuk komuniti yang lebih memerlukan di luar sana. alhmdulillah. =)
Cuti minggu yang lepas, saya bersama teman-teman yang lain telah mengadakan satu program bersama-sama anak2 Rohingya di belakang pasar borong Selayang. Antara aktiviti yang kami lakukan adalah food service dan street education. Alhamdulillah, ramai anak2 Rohingya yang tinggal di situ hadir bersama.
Saya berpandangan, ramai yang tahu tentang kedudukan pelarian Rohingya di Malaysia. Yang mana mereka tidak layak untuk mendapat hak kewarganegaraan serta tidak layak mendapat apa-apa keistimewaan seperti layanan kesihatan di mana-mana hospital/klinik, pendidikan dan sebagainya. Akibatnya, mereka sukar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik serta sukar bagi anak2 kecil ini pergi ke sekolah.
Kami dimaklumkan, pihak gereja juga ada menyewa bangunan di kawasan ini dengan tujuan yang sama. Apakah tujuan asal mereka? Wallahualam. Cuma, hati ini sedikit gelisah melihat umat Islam dididik oleh orang bukan Islam.
Di atas kesedaran inilah, kami cuba untuk membantu mereka biiznillah (dengan izin Allah) mengikut kapasiti yang dianugerahkan Allah ini. Doakan kami terus istiqamah membantu mereka.
Alhamdulillah, rezeki pendapatan kami yang lebih telah kami kumpulkan untuk membeli makanan untuk mereka. Supaya mereka juga merasa kenikmatan seperti yang kami rasa. Berkongsi nikmat bersama.
Jelas, keriangan terpancar pada wajah si kecil ini. Mendapat juadah yang mungkin mereka tidak pernah jumpa atau rasai.
Di sinilah kami menyantuni mereka. Walaupun keadaan tidak berapa menyelesakan, mereka tetap gembira menikmati rezeki Allah. Alhamdulillah.
Inilah wajah-wajah pejuang Islam di masa akan datang. Namun, terpinggir di negara kita yang majoritinya beragama Islam.
Ilmu yang dianugerahkan oleh Allah ini jua, cuba kami kongsikan bersama mereka. Walaupun, hanya mengajar ditepi-tepi bangunan ini sudah cukup buat mereka yang dahagakan ilmu. Sungguh, tersentuh hati kecilku ini melihat kesungguhan mereka menekuni apa yang kami cuba ajari kepada mereka. Walaupun kadangkala jurang bahasa merupakan cabarannya, kami cuba tangkasinya bersama.
Dibangun inilah mereka menyewa. Tinggal bersama-sama pelarian Rohingya yang lain.
Di akhir perkongsian saya ini, ingin saya menyeru kalian semua. Marilah kita melihat sekeliling kita. Saudara kita. Adakah mereka sihat atau tidak? Adakah mereka makan atau tidak? Adakah kita sedar mereka wujud atau tidak? Peringatan ini saya tujukan buat diri saya untuk menjadi insan lebih prihatin kepada orang disekeliling kita.
Ayuh, kita mulakan. Walau mungkin sedikit terlewat namun belum terlambat.
Wallahualam.
Terima kasih kerana membaca perkongsian saya ini.
0 comments