KUALA LUMPUR: My Ole-Ole sekali lagi beruasaha mengumpul pelbagai barangan kering dan tahan lama untuk diedarkan kepada golongan memerlukan dan terpinggir sempena sambutan pelbagai perayaan yang bakal tiba pada penghujung tahun ini.

Dianjurkan oleh sukarelawan Salam, aktiviti mengumpul pelbagai barangan hasil sumbangan orang ramai yang bermurah hati kini sibuk dilakukan di seluruh cawangan pasar raya Giant sekitar bandar raya bermula 2 Mei sehingga Ogos ini.

Orang ramai dipelawa menyumbangkan makanan kering dan tahan lama seperti beras, bihun, biskut, garam, gula, makanan dalam tin seerti sardin, minyak masak dan sebagainya.
Sumbangan boleh diserahkan di kaunter My Ole-Ole Salam di depan pintu masuk Giant bermula 10 pagi sehingga 7 malam.


Eksekutif Kanan Latihan Pembangunan Sukarelawan Salam, Nor Zakiah Senin, berkata hasil kutipan beras, garam, gula, minyak masak, tepung dan susu akan diedarkan kepada fakir miskin. keluarga penagih dadah serta penghidap HIV positif dan komuniti orang asli sekitar Lembah Klang dan Selangor.

"Semua barangan ini akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri dan Deepavali yang mungkin tidak semeriah mereka yang bernasib baik.

"Selain itu, ia adalah menanam budaya prihatin dan menderma masyarakat untuk membantu golongan seperti ini, " katanya.

katanya, promosi My Ole-le yang pertama bagi sesi kali ini sudah bermula pada 18 April lalu di Giant Bandar Kinrara dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membeli belah di pasaraya berkenaan dan diharapkan mendapat sokongan ramai untuk promosi seterusnya.

"Kami menerima sambutan yang hebat dan menggalakkan di Giant Kota Damansara kerana ada penyumbang yang menitiskan air mata sewaktu memberikan sumbangan.

"Malah, ada juga penyumbang lain yang memberikan sumbangan barangan dan pada masa sama memberikan pizza kepada sukarelawan yang bertugas," katanya.

Katanya kali i ni My Ole-Ole mendapat kerjasama dari Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai pusat pengumpulan hasil sumbangan orang ramai. Giant juga sedia bekerjasama membenarkan kaunter My Ole-Ole dibuka di cawangannya.

"Kami berharap organisasi dan badan korporat lain turut menyokong usaha murni ini bagi membantu golongan terpinggir. Kira-kira 50 keluarga dijangka akan menerima sumbangan yang dikumpulkan menjelang musim perayaan berkenaan.


"Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan tetapi tidak sempat berkunjung ke Giant pada tarikh yang ditetapkan boleh menghantar sumbangan masing-masing dengan menghubungi pejabat Salam melalui talian 03-79584021, katanya.

Sumber: Berita Harian 30April2010 (Jumaat) muka surat 04 (Sentral)

Posted by Yayasan Salam Malaysia Sabtu, 1 Mei 2010

0 comments

Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar