Yayasan Salam Malaysia (SALAM)
merupakan badan bukan kerajaan yang prihatin dalam khidmat kesukarelawanan dan membantu golongan yang memerlukan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan menganjurkan program MY OLE-OLE sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Untuk makluman, MY OLE-OLEmerupakan program yang bertujuan untuk untuk mengumpulkan makanan-makanan kering (tahan lama) untuk diagihkan pada golongan sasaran khususnya musim perayaan.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang atau barangan yang bersesuaian seperti:
1. Beras
2. Bee hoon
3. Biskut
4. Garam
5. Gula
6. Makanan dalam tin seperti sardin dan kacang panggang
7. Mi segera
8. Milo
9. Minuman kotak/tin
10. Minyak masak
11. Serbuk Teh/Kopi
12. Sirap/jus
13. Tepung
14. Lain-lain makanan kering (tahan lama) yang bersesuaian

Untuk sumbangan kewangan, sila kemukakan cek, bank draf dan lain-lain dengan merujuk butiran berikut:
Nama Pemegang Akaun : Yayasan Salam Malaysia
No. Akaun : 3072879302
Nama Bank : Public Bank Berhad
Tujuan : Tajaan Program My Ole-Ole


Untuk makluman, sumbangan berbentuk wang ringgit adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan. Sumbangan pihak tuan/puan amat besar maknanya dalam memastikan kejayaan program ini dan seterusnya memberi manfaat kepada golongan tersebut.

Sumbangan boleh diberikan sebelum atau pada 31hb Januari 2010. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungiAlisah (012-2666571) atau Mona (013-6363290) atau kakitangan SALAM, Shuhada (03-79584021).

Sumbangan tuan/puan amat kami dihargai..Terima kasih

Posted by Yayasan Salam Malaysia Ahad, 14 Februari 2010

0 comments

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar