Special Interest Group (SIG) SALAM telah ditubuhkan pada hujung tahun 2009 sebagai satu pendekatan baru di dalam memarak dan mempelbagaikan projek sukarela di Malaysia khususnya.
Objektif penubuhan SIG adalah;
a) Menyediakan program sukarela yang pelbagai dan berterusan untuk sukarelawan berdaftar
b) Penglibatan sepenuhnya tenaga-tenaga pakar (berdaftar) dalam bidang kanak-kanak, komuniti terpinggir & pedalaman serta alam sekitar
c) Meluas dan menambahbaikan jaringan komunikasi dam kerjasama bersama NGO-NGO, Badan Kerajaan dan Badan Korporat
d) Melatih sukarelawan dalam menyediakan laporan lengkap untuk setiap program yang dilaksanakan ( laporan bergambar, analisis, kajian kes dan statistik )
e) Laporan Tahunan SIG yang lengkap ini akan menjadi daya tarikan untuk mendapatkan penaja korporat bagi SIG. Ia juga akan menjadi bahan rujukan sukarelawan atau pelawat
Salah satu skop SIG adalah komuniti terpinggir / pedalaman iaitu;
a) Pekerja Seks
b) Penagih Dadah
c) Komuniti HIV
d) Orang Asli / Suku
e) Komuniti Pelarian
f) Dan lain-lain
Bagi merealisasikannya, satu komite telah dibentuk bagi merancang serta menjayakan SIG ini.
Antara program yang dirancang pada tahun ini adalah;
a) My Ole-Ole
b) Health & Hygiene di Kampung Genting Peras, Hulu Langat
c) Anti Stigma
d) Ziarah Ramadhan
e) Semarak Syawal
1. My Ole-Ole
Bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering dan tahan lama untuk diagihkan kepada golongan-golongan terpinggir pada musim perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Perayaan Cina, Hari Raya Aidilfitri , Deepavali dan Hari Natal.
Program ini memberi ruang dan peluang kepada penderma yang budiman untuk mengurangkan kesempitan hidup yang dialami serta menzahirkan keprihatinan masyarakat kepada golongan terpinggir ini.
Pihak kami telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Giant di sekitar Lembah Klang untuk mengadakan promosi di Giant Hypermarket pada;
BULAN TARIKH LOKASI
Februari 6/2/2010 Giant Shah Alam
Giant Kelana Jaya
Mac 14/3/2010 Giant Shah Alam
April 11/4/2010 Giant Kota Damansara
18/4/2010 Giant Bandar Kinrara
Mei 2/5/2010 Giant Kelana Jaya
30/5/2010 Giant Shah Alam
Jun 6/6/2010 Giant Kota Damansara
27/6/2010 Giant Bandar Kinrara
Julai 11/7/2010 Giant Kelana Jaya
25/7/2010 Giant Shah Alam
Ogos 1/8/2010 Giant Kota Damansara
8/8/2010 Giant Bandar Kinrara
Segala sumbangan dalam bentuk makanan kering yang tahan lama dan tunai diterima oleh pihak kami.
Objektif;
a. Mengumpulkan makanan-makanan kering (tahan lama) untuk diagihkan pada golongan sasaran khususnya musim perayaan.
b. Menanamkan budaya prihatin masyarakat untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
c. Memupuk semangat menderma di kalangan masyarakat.
d. Memberi kepuasan kepada individu yang memberi sumbangan.
e. Membantu dan meringankan beban komuniti terpilih terutama ketika musim perayaan.
Kumpulan Sasaran;
a. Fakir Miskin.
b. Keluarga penagih dadah dan pengidap HIV positif yang menerima kesan negatif.
c. Komuniti orang Asli.
2. Program Health & Hygiene
Bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada komuniti Orang Asli di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka. Ini adalah program kerjasama dengan pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan HELP Institute.
Objektif Program Health & Hygiene;
a. Mendorong dan menerapkan pendidikan kesihatan dan kebersihan diri kepada komuniti Orang Asli.
b. Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antaran SALAM dengan penduduk Kampung Genting Peras.
c. Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara hidup komuniti Orang Asli.
d. Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli Kampung Genting Peras.
(Lihat laporan program yang telah dijalankan)
3. Anti Stigma
Satu program yang bertujuan mendekati dan menyelami kehidupan golongan yang dipinggirkan.
4. Ziarah Ramadhan
Satu siri ziarah bagi mengimarahkan Ramadhan bersama beberapa komuniti terpinggir.
5. Semarak Syawal
Bertujuan menyemarakkan lagi syawal yang tiba dengan meraikan sekumpulan warga emas.
Ayuh sukarelawan, kita bersama berganding bahu dalam menjana perubahan bermakna kepada komuniti terpinggir di Malaysia khususnya.
0 comments