TARIKH : 8 OGOS 2010 ( AHAD )




Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Shah Alam pada ahad lepas. Tanpa kehadiran kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.
Syukur, seramai 16 orang pengunjung Giant telah menyumbang barang kering serta sumbangan berbentuk tunai untuk disumbangkan kepada komuniti terpinggir. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma budiman.
Selain itu, pihak Giant juga ada menyumbang barangan untuk program My Ole-Ole. Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada pihak Giant di atas sumbangan serta kerjasama baik sepanjang program My Ole-Ole di jalankan.




ASAS MENOLONG KOMUNITI TERPINGGIR
( Pekerja Seks, Penagih Dadah, Gelandangan & Gadis Terlanjur )
Apabila disebut Chowkit atau Lorong Hj. Taib. Rata-rata akan tergambar permasalahan sosial di sekitarnya. Penubuhan Sinar SALAM dan Nur SALAM adalah manifestasi usaha untuk bersama-sama membantu memulihkan keadaan ke arah lebih baik dan terkawal. Dengan ini SIG Komuniti, berbesar hati menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk terlibat dalam Sesi Asas Menolong Komuniti Terpinggir.
Ia akan menyentuh isu ;
· Bagaimana jiwa dan kecenderungan mereka
· Bagaimana cara mendekati mereka
· Apa persediaan jiwa, mental dan fizikal yang perlu dimiliki
· Perkongsian pengalaman
Sesi ini akan berlangsung ;-
Tempat : Yayasan Salam Malaysia,
N0 22 Jln Changgai 6/22 Petaling Jaya
Tarikh : 23 Julai 2010 ( Jumaat )
Masa : 8 malam - 10 malam
Penyertaan Terhad 30 orang sahaja
Tarikh tutup penyertaan adalah 21 Julai 2010.
Sila hubungi Nor Zakiah Senin di zakiah@salam.org.my atau 03-79584021 untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran.
Tentatif Program
Jumaat (23 Julai 2010)
8.00 mlm: Perkongsian Pengalaman
8.45 mlm: Sesi Perbincangan 1
9.15 mlm: Sesi Perbincangan 2
10 mlm: Tamat
Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Kelana Jaya ahad lepas.
Tanpa kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.
Selamat bersukarela.

Salam ceria.
Semoga hari anda seceria mentari pagi. (",)v
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi.
Kali ini di;
Tarikh: 11hb Julai 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Kelana Jaya
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.
Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang telah mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Hypermarket Bandar Kinrara ahad lepas.
Tanpa kalian, program ini tidak berjaya terlaksana.
Teruskan memberikan komitmen yang tinggi dan jitu dalam membantu insan-insan yang lebih memerlukan.
Selamat bersukarela.

Salam Keceriaan.
Semoga anda semua berada dalam mood yang ceria.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi. Kali ini di;
Tarikh: 27hb Jun 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Hypermarket Bandar Kinrara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Salam Keceriaan.
Semoga anda semua berada dalam mood yang ceria.
Promosi My Ole-Ole diteruskan lagi. Kali ini di;
Tarikh: 6hb Jun 2010 (Ahad)
Tempat: Giant Kota Damansara
Masa: Mengikut syif
Syif 1 : 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Syif 2 : 1.00 tengahari sehingga 4.00 petang
Syif 3 : 4.00 petang sehingga 7.00 malam
Tugas: Mengedar dan mempromosikan program My Ole-Ole kepada semua pengunjung Giant.
Ingin menjadi sebahagian dari sukarelawan, hubungi; Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377)
Selamat berkhidmat kepada masyarakat.

Salam perpaduan.
Terima kasih di ucapkan kepada semua barisan Jawatankuasa Pelaksana SIG Komuniti kerana menghadirkan diri dalam mesyuarat semalam.
Tanpa kalian semua, program ini pasti tidak akan menjadi realiti. Kami amat menghargai kehadiran anda.
Teruskan memberi komitmen yang tinggi dalam usaha-usaha murni membantu mereka yang lebih memerlukan.
Semoga perancangan dan objektif program mencapai matlamatnya.
Sekain, Terima kasih .
Salam perpaduan.
Barisan Jawatankuasa Pelaksana SIG Komuniti yang dihormati,
Satu mesyuarat akan dijalankan pada;
Mesyuarat SIG Komuniti SALAM
Tarikh : 21 / 05 /2010
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 malam
Tempat : Pejabat Yayasan Salam, Petaling Jaya
Kehadiran : Semua Jawatankuasa Pelaksana
Agenda : Perbincangan gerak kerja SIG Komuniti
Semoga perbincangan ini dapat memperkemaskan lagi gerak kerja SIG Komuniti dalam menjana perubahan bermakna kepada komuniti terpinggir.
Kehadiran sukarelawan amat dihargai.
Terima kasih di atas perhatian yang diberikan.

KUALA LUMPUR: My Ole-Ole sekali lagi beruasaha mengumpul pelbagai barangan kering dan tahan lama untuk diedarkan kepada golongan memerlukan dan terpinggir sempena sambutan pelbagai perayaan yang bakal tiba pada penghujung tahun ini.
Dianjurkan oleh sukarelawan Salam, aktiviti mengumpul pelbagai barangan hasil sumbangan orang ramai yang bermurah hati kini sibuk dilakukan di seluruh cawangan pasar raya Giant sekitar bandar raya bermula 2 Mei sehingga Ogos ini.
Orang ramai dipelawa menyumbangkan makanan kering dan tahan lama seperti beras, bihun, biskut, garam, gula, makanan dalam tin seerti sardin, minyak masak dan sebagainya.
Sumbangan boleh diserahkan di kaunter My Ole-Ole Salam di depan pintu masuk Giant bermula 10 pagi sehingga 7 malam..jpg)
Eksekutif Kanan Latihan Pembangunan Sukarelawan Salam, Nor Zakiah Senin, berkata hasil kutipan beras, garam, gula, minyak masak, tepung dan susu akan diedarkan kepada fakir miskin. keluarga penagih dadah serta penghidap HIV positif dan komuniti orang asli sekitar Lembah Klang dan Selangor.
"Semua barangan ini akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri dan Deepavali yang mungkin tidak semeriah mereka yang bernasib baik.
"Selain itu, ia adalah menanam budaya prihatin dan menderma masyarakat untuk membantu golongan seperti ini, " katanya.
katanya, promosi My Ole-le yang pertama bagi sesi kali ini sudah bermula pada 18 April lalu di Giant Bandar Kinrara dan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang membeli belah di pasaraya berkenaan dan diharapkan mendapat sokongan ramai untuk promosi seterusnya.
"Kami menerima sambutan yang hebat dan menggalakkan di Giant Kota Damansara kerana ada penyumbang yang menitiskan air mata sewaktu memberikan sumbangan.
"Malah, ada juga penyumbang lain yang memberikan sumbangan barangan dan pada masa sama memberikan pizza kepada sukarelawan yang bertugas," katanya.
Katanya kali i ni My Ole-Ole mendapat kerjasama dari Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai pusat pengumpulan hasil sumbangan orang ramai. Giant juga sedia bekerjasama membenarkan kaunter My Ole-Ole dibuka di cawangannya.
"Kami berharap organisasi dan badan korporat lain turut menyokong usaha murni ini bagi membantu golongan terpinggir. Kira-kira 50 keluarga dijangka akan menerima sumbangan yang dikumpulkan menjelang musim perayaan berkenaan..jpg)
"Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan tetapi tidak sempat berkunjung ke Giant pada tarikh yang ditetapkan boleh menghantar sumbangan masing-masing dengan menghubungi pejabat Salam melalui talian 03-79584021, katanya.
Sumber: Berita Harian 30April2010 (Jumaat) muka surat 04 (Sentral)