Assalamualaikum & salam sejahtera kepada sukarelawan-sukarelawan SALAM yang budiman sekalian.
SIG - Komuniti bakal menganjurkan program outreach “KAMI ANTI-STIGMA...ANDA???” seperti yang berikut:
Program : KAMI ANTI-STIGMA...ANDA???
Kumpulan sasaran : Komuniti terpinggir seperti –
(1) Golongan gelandangan dan pengemis
(2) Pekerja seks
(3) Penagih dadah
Tarikh : 1 Julai (Jumaat)
Masa : 9.30 malam (1 Julai) - 3.00 pagi (2 Julai).
Tempat : Lorong Haji Taib, Chow Kit & kawasan-kawasan yang berhampiran.
Objektif : (1) Memberi pendedahan kepada para sukarelawan tentang kehidupan kumpulan sasaran
(2) Memupuk sikap prihatin para sukarelawan dan masyarkat terhadap kumpulan sasaran
(3) Menghapuskan/mengurangkan “stigmatism” dikalangan para sukarelawan dan masyarakat terhadap kumpulan sasaran
Bayaran : RM5 seorang (untuk menampung kos makanan yang akan diedarkan kepada golongan komuniti terpinggir nanti).
Agenda : 9.30 malam : Berkumpul di pejabat SALAM, PJ
10.00 malam : Taklimat oleh Kak Afidah dari Rumah Sinar Salam
10.30 malam : Q&A
11.00 malam : Pembungkusan makanan, pembahgian kumpulan dan kenderaan
12.00 pagi : Bertolak ke Chow Kit
12.15 pagi : Outreach
2.30 pagi : Outreach dijangka tamat
3.00 pagi : Taklimat penutup & bergerak pulang
Sehubungan dengan itu, SIG Komuniti amat berbangga untuk menjemput sukarelawan-sukarelawan sekalian untuk menyertai program di atas. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan penyertaan tepaksa dihadkan kepada 30 orang perserta sahaja. Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat sila beri nama penuh, nombor telefon dan alamat email kepada Aniza dari SIG Komuniti di aniza2013@gmail.com dengan kadar segera. Tarikh tutup penyertaan adalah pada hari Khamis ini (30 Jun 2010).
Sekian terima kasih.
0 comments