PENGENALAN
Program Health and Hygiene merupakan projek anjuran Yayasan Salam
Malaysia (SALAM) yang dirancang dan dilaksanakan oleh sukarelawan
menerusi program Special Interest Group (SIG Komuniti). Projek ini
bertujuan memberi pendedahan mengenai kebersihan dan bagaimana
menjaga kesihatan di kalangan masyarakat orang asli di samping
menyampaikan sumbangan kepada mereka.
SALAM merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang
menggalakkan dan memberi peluang kepada warganegara malaysia
menjalankan aktiviti kesukarelawanan sama ada di dalam atau di luar
negara.
Pada tahun 2010, program ini telah dilaksanakan dengan cemerlangnya di
Kampung Genting Peras, Hulu Langat. Kesinambungan dengan kejayaan
program tersebut, program ini akan diteruskan pada tahun 2011 dengan
menyasarkan komuniti Orang Asli di lokasi yang berbeza.
Bagi tahun ini, kumpulan sasaran yang dipilih adalah komuniti dari
Kampung Orang Asli Renglas di Cameron Highland, Pahang.
Seramai 149 orang penduduk meliputi 21 buah keluarga mendiami
perkampungan Orang Asli tersebut.
OBJEKTIF PROJEK
Mendorong dan menerapkan pendidikan kebersihan diri kepada
komuniti Orang Asli.
Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara SALAM dengan
penduduk pendalaman (Perkampungan Orang Asli Renglas).
Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara
hidup komuniti Orang Asli.
Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat
untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada
komuniti Orang Asli Renglas.
0 comments