Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

Pengumuman...!Pengumuman..!Pengumuman...!

SIG KOMUNITI akan mengadakan program sulung iaitu The Changing. program ini juga kerjasama dengan Sukarelawan di Temerloh. Waktu dan masa program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 19-20hb Febuari 2011
Masa : 4.00 ptg(19hb Feb) – 5.00 ptg (20hb Feb)
Tempat : Kuantan, Pahang.
Jumlah Sukarelawan diperlukan : 10 orang

Untuk makluman semua, program ini adalah rentetan daripada Projek My ole-ole dan. Kami mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong- royong untuk membersihkan salah satu rumah warga emas di kuantan yang serba kedaifan (dikenali sbg pakcik 122).



Sehubungan dengan itu, terdapat 4 lagi tempat kosong (6 lagi adalah AJK program) untuk penyertaan para sukarelawan dan keutamaan di berikan kepada sukarelawan lelaki. Hal ini kerana, kami memerlukan tenaga kerja yang kuat untuk membersihkan rumah tersebut di samping waktu yang amat singkat. Tetapi, sekiranya penyertaan daripada sukarelawan lelaki tiada, perempuan juga amat dialu-alukan.

Selain daripada itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari anda untuk menyumbang beberapa peralatan untuk membersihkan rumah pak cik tersebut kerana kami masih kekurangan bajet untuk membeli peralatan itu. Senarai peralatan adalah seperti di bawah :
1. Penyapu
2. Sabun
3. Baldi
4. Berus
5. Plastik sampah
6. penyedok sampah
7. Tong sampah

Sukacita juga ingin memaklumkan, sekiranya di antara anda ingin turut serta bersama-sama kami dan menggunakan bajet anda sendiri, pihak KOMUNITI amat mengalu-alukan. Hal ini kerana, bajet untuk ke Kuantan, adalah untuk 10 orang sahaja sukarelawan daripada KL dan 10 orang lagi adalah Sukarelawan dari Temerloh.

Anda berminat untuk meneruskan "Perubahan Bermakna" bersama kami? Sila SMS nama anda ke numbor 012-3013701 ( Yus ) selewat-lewatnya pada 16hb Februari 2011 (Rabu) beserta sumbangan anda.

Terima kasih.
Yusmunirah Muhammad Yusar.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 10 Februari 2011

0 comments

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar