1. My Ole-Ole
Bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering dan tahan lama untuk diagihkan kepada golongan-golongan terpinggir pada musim perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Perayaan Cina, Hari Raya Aidilfitri , Deepavali dan Hari Natal.
Program ini memberi ruang dan peluang kepada penderma yang budiman untuk mengurangkan kesempitan hidup yang dialami serta menzahirkan keprihatinan masyarakat kepada golongan terpinggir ini.
Objektif;
a. Mengumpulkan makanan-makanan kering (tahan lama) untuk diagihkan pada golongan sasaran khususnya musim perayaan.
b. Menanamkan budaya prihatin masyarakat untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
c. Memupuk semangat menderma di kalangan masyarakat.
d. Memberi kepuasan kepada individu yang memberi sumbangan.
e. Membantu dan meringankan beban komuniti terpilih terutama ketika musim perayaan.
Kumpulan Sasaran;
a. Fakir Miskin.
b. Keluarga penagih dadah dan pengidap HIV positif yang menerima kesan negatif.
c. Komuniti orang Asli.
Pihak kami telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Giant di sekitar Lembah Klang untuk mengadakan promosi di Giant Hypermarket pada;
BULAN | TARIKH | LOKASI |
Februari | 6/2/2010 | Giant Shah Alam |
Giant Kelana Jaya | ||
Mac | 14/3/2010 | Giant Shah Alam |
April | 11/4/2010 | Giant Kota Damansara |
18/4/2010 | Giant Bandar Kinrara | |
Mei | 2/5/2010 | Giant Kelana Jaya |
30/5/2010 | Giant Shah Alam | |
Jun | 6/6/2010 | Giant Kota Damansara |
27/6/2010 | Giant Bandar Kinrara | |
Julai | 11/7/2010 | Giant Kelana Jaya |
25/7/2010 | Giant Shah Alam | |
Ogos | 1/8/2010 | Giant Kota Damansara |
8/8/2010 | Giant Bandar Kinrara |
Segala sumbangan dalam bentuk makanan kering yang tahan lama dan tunai diterima oleh pihak kami.
Klik, selanjutnya.
2. Program Health & Hygiene
Bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada komuniti Orang Asli di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka. Ini adalah program kerjasama dengan pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan HELP Institute.
Objektif Program Health & Hygiene;
a. Mendorong dan menerapkan pendidikan kesihatan dan kebersihan diri kepada komuniti Orang Asli.
b. Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antaran SALAM dengan penduduk Kampung Genting Peras.
c. Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara hidup komuniti Orang Asli.
d. Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli Kampung Genting Peras.
(Lihat laporan program yang telah dijalankan)
3. Anti Stigma
Satu program yang bertujuan mendekati dan menyelami kehidupan golongan yang dipinggirkan.
4. Ziarah Ramadhan
Satu siri ziarah bagi mengimarahkan Ramadhan bersama beberapa komuniti terpinggir.
5. Semarak Syawal
Bertujuan menyemarakkan lagi syawal yang tiba dengan meraikan sekumpulan warga emas.
Ayuh sukarelawan, kita bersama berganding bahu dalam menjana perubahan bermakna kepada komuniti terpinggir di Malaysia khususnya.