Assalamualaikum dan salam sukarelawan.
Kepada semua sukarelawan bagi program Health & Hygiene.
Kami bagi pihak pengurusan ingin mengucapkan selamat bersukarela kepada semua sukarelawan.
Bagi pihak Yayasan SALAM Malaysia dan Jawatankuasa Pelaksana Health & Hygiene, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penganjur bersama iaitu pihak PPUKM, Giant Batu Caves, Beras Faiza, Beras Bernas, Southern Lion, Mydin, SIG Alam Sekitar SALAM dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua penderma-penderma budiman yang telah menyumbang untuk program ini.
Kepada nadi utama program ini iaitu semua sukarelawan yang terlibat secara lansung atau tidak lansung, kami amat menghargai setiap usaha gigih anda semua dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Semoga program ini mencapai objektifnya.
Sekian, terima kasih.
0 comments