30 Mei 2011
Kepada Pihak Yang Berkenaan
Tuan/Puan,
Memohon Tajaan – PROGRAM HEALTH AND HYGIENE
Sukacita dimaklumkan bahawa sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan
menganjurkan program di atas di Perkampungan Orang Asli Renglas, Cameron Highland,
Pahang pada 25 – 26 Jun 2011.
Antara objektif program ialah bagi menerapkan amalan menjaga kebersihan dan kesihatan selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama komuniti Orang Asli di kawasan pendalaman.
Sehubungan itu, kami ingin mempelawa pihak tuan agar sudi untuk menaja sebarang kos
perbelanjaan sama ada berbentuk barangan atau wang tunai bagi menjayakan program tersebut.
Sumbangan tunai berjumlah RM50.00 dan ke atas, layak mendapat resit pengecualian cukai dan ditulis seperti berikut:-
Nama Pemegang Akaun : Yayasan Salam Malaysia
Akaun No. : 307 287 9302 (Public Bank Berhad); atau
1249 0014 3870 58 (CIMB Bank)
Tujuan : Menaja Program Health & Hygiene
Sumbangan pihak tuan/puan amat besar maknanya dalam memastikan kejayaan program ini dan seterusnya memberi manfaat kepada golongan tersebut.
Susulan daripada surat permohonan ini, kami akan menghubungi pihak tuan dalam tempoh
terdekat untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
Saudari Mona (013-6363290) / Nani (016-3658063) / Puan Masriah (03-79584021).
Kerjasama dari pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Yang Benar,
MD GHANI BIN IBRAHIM
Ketua Pegawai Operasi
0 comments