https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe-eKoO9dDwNVcAs_RcCac2k1Y1GI_K8wpSdydHEm7FKjBSbuX_Wkrb-0dTwfH-DThd2VHtw54eJW9ZyChIDyDhumeD-RbzDvsgAahQ8Srb-DUVv-Wh9DRI7PLBYbYbLP3mVGm2la2iapQ/s1600/sijil+n+plag.jpg

Salam sejahtera kepada semua sukarelawan.

HARI PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2010

Yayasan Salam Malaysia (SALAM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang berkhidmat sepanjang tahun 2010. Pengorbanan dan sokongan para sukarelawan dalam membantu komuniti yang memerlukan sememangnya disanjung tinggi. Jasa dan penglibatan semua, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sebagai menghargai jasa para sukarelawan, SALAM menjemput semua sukarelawan yang berdaftar untuk bersama-sama menjayakan HARI PENGHARGAAN SUKARELAWAN 2010 seperti berikut:

Tarikh : 16 Januari 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Aktiviti : (i) Majlis Penghargaan Sukarelawan
(ii) Hari Keluarga Sukarelawan

(i) Majlis Penghargaan Sukarelawan (8.00 pagi hingga 12.00 tengahari)
Majlis ini adalah untuk meraikan para sukarelawan yang berkhidmat di sepanjang tahun 2010. Dalam majlis ini SALAM akan menyampaikan penghargaan kepada para sukarelawan yang aktif dan organisasi yang banyak membantu menjayakan program SALAM dalam tahun 2010. Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Tan Sri Razali Ismail, Pengerusi Yayasan Salam Malaysia bersama para Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Semua sukarelawan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

8.00 pagi: Pendaftaran
9.00 pagi: - Persembahan pembukaan
- Ucapan aluan Ketua Pegawai Operasi SALAM
- Penyerahan Penghargaan kepada para sukarelawan
- Penyerahan Penghargaan kepada organisasi korporat/kerajaan/NGO
- Persembahan dari beberapa kumpulan sukarelawan
- Ucapan penutup oleh Pengerusi SALAM
12.00 tgh: Jamuan Tengahari

(ii) Hari Keluarga Sukarelawan SALAM (2.00 petang hingga 5.00 petang)
Selepas Majlis Penghargaan Sukarelawan selesai, para sukarelawan dijemput untuk menyertai Hari Keluarga Sukarelawan di tempat yang sama. Hari Keluarga Sukarelawan ini bertujuan untuk mengumpulkan para sukarelawan di samping untuk mengeratkan hubungan sesama kita. SALAM berusaha untuk mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan pada aktiviti yang julung-julung kali diadakan ini. Hari Keluarga ini akan dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sukaneka dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak. Aktiviti sukaneka hari keluarga akan bermula pada jam 2.00 petang dengan pelbagai hadiah-hadiah menarik. Sukarelawan dijemput membawa keluarga masing-masing, termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah untuk menyertai pertandingan mewarna (sila bawa pencil warna sendiri). Aturcara Hari Keluarga adalah seperti berikut:

2.00 ptg: Pendaftaran
- Sukaneka bermula
- Pertandingan mewarna kanak-kanak bermula
- Pameran
4.30 ptg: Penyampaian hadiah
- Jamuan Petang
5.00 ptg: Bersurai

Sukarelawan yang berminat untuk menyertai Hari Penghargaan Sukarelawan ini, sila hubungi Nal Azri Nawawi di talian 03-7958 4021 atau emailkan nama penuh dan nombor telefon ke nal@salam.org.my sebelum 7 Januari 2011.

Penyertaan adalah PERCUMA. Semua sukarelawan dijemput hadir dan mengambil bahagian.

-NAL-
Nal Azri Nawawi
Yayasan Salam Malaysia
03-79584021

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 30 Disember 2010

0 comments

Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar