http://ideariza.com/wp-content/uploads/2011/01/terima-kasih-ideariza.jpg

Tahniah & terima kasih buat semua sukarelawan yg membantu di dalam menjayakan CHARITY SALE pd 26/2 - 27/2/11 di TESCO Klg.
Terima kasih buat semua pembeli yg membeli di CHARITY SALE. Sgl jasa anda semua hanya Tuhan yg mampu memblsnya.
Terima kasih kpd semua.. Smg apa yg kita lakukan dapat MENJANA PERUBAHAN BERMAKNA buat insan yang MEMER...LUKAN.

-yanie-

Posted by Yayasan Salam Malaysia Ahad, 27 Februari 2011 0 comments

http://ideariza.com/wp-content/uploads/2011/01/terima-kasih-ideariza.jpg
Tahniah buat adik2 Kolej Mara Seremban & pengurusan Kolej yg telah menjayakan MY OLE-OLE di Giant Senawang dr 12/2-13/2, 19/2-20/2 & 26/2-27/2/11. Smg apa yg adik2 laksanakan akan MENJANA PERUBAHAN BERMAKNA buat insan yg MEMERLUKAN. Teruskan usaha anda.

-yanie-

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8jZTC7zhOum0KxvFL6k80NOK05xcPSOotKv2hqnnMkLlF0_nr4koEs8tTZLWV2QB2DR5lxPRFGFLH40JGBcoekQ0jYv3s-vgqB56-80e-T4gTkDGoNz5g2NadxYBRgiU19lbDsczrqx2V/s1600/180696_10150094626144837_245587539836_5885674_5969744_n.jpg

Kepada semua sukarelawan,

Para Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) akan menganjurkan Jualan Amal seperti berikut:

Tarikh: 26 - 27 Februari 2011

Masa: 9.00 pagi - 9.00 malam

Tempat: Pasaraya TESCO, Klang (bersebelahan KFC)

Antara barangan yang akan dijual adalah pakaian, permainan kanak-kanak, barangan perhiasan, kraftangan, barangan elektrik dan sebagainya.

Harga jualan barangan tersebut serendah RM1.00 hingga RM10.00. Selain itu, sukarelawan juga akan mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak dan kutipan barangan kitar semula.

Semua dijemput hadir dan menyebarkan maklumat membeli sambil beramal ini.

Kami juga memerlukan bantuan sukarelawan untuk membantu gerai jualan. Tugasan sukarelawan adalah mengikut shift berikut:

1. 9pg-1ptg

2. 1ptg-5ptg

3. 5ptg-9mlm

Sila hubungi Yana ( 012-367 0726 ) atau Ash Yaakob ( 016-216 8402 ) untuk membantu.

-NAL-

Yayasan salam Malaysia

Posted by Yayasan Salam Malaysia Jumaat, 25 Februari 2011 0 comments

MOTIVASI SUKARELAWAN: Menjana Jiwa, Membangun Citra, 25 Februari 2011, 8.00 mlm hingga 11.00 mlm di Maktab Kerjasama Malaysia, Jalan Templer, Petaling Jaya.

Program ini dikendalikan oleh Tuan Haji Hushim Salleh yang berpengalaman dan sering dijemput untuk mengendalikan program seumpama termasuk rancangan Motivasi Pagi dan Wanita Hari Ini (TV3).

Kita akan membincangkan aspek-aspek motivasi diri, lonjakan potensi, menjernihkan minda, mengukuhkan semangat, percambahan idea, menuntut ilmu yang bermakna dan mengeratkan persaudaraan. Bayaran untuk program ini adalah RM15.00 untuk yang mendaftar awal sebelum 15 Februari 2011 (harga asal RM20.00). Bayaran ini untuk makan/minum, tempat dan bayaran penceramah.

Sila hubungi penyelaras program untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:

1. NORSHUHADA KAREEM

H/P: 012-5102726

Telefon: 03-79584021

Emel: shuhada@salam.org.my

2. NOR ZAKIAH SENIN

H/P: 012-2634235

Telefon: 03-79584021

Emel: zakiah@salam.org.my

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 24 Februari 2011 0 comments

http://ideariza.com/wp-content/uploads/2011/01/terima-kasih-ideariza.jpg

Kpd semua sukarelawan yg menyertai 'The Changing',

Terima kasih yg tiada terhingga kpd semua yang terlibat.. Jasa dan masa anda yg telah diberikan utk Menjana Perubahan Bermakna bagi golongan yg memerlukan terutamanya Pakcik Ramlan amatlah dihargai.. Semoga usaha dan tenaga yg dicurahkan memperolh rahmat daripadaNya dan memberikan kesa...n yg bermakna buat mereka yang menerima..

-yanie-

Posted by Yayasan Salam Malaysia Ahad, 20 Februari 2011 0 comments

Salam keceriaan buat semua sukarelawan.

Alhamdulillah, semalam kami sukarelawan SALAM telah mengadakan kunjungan ukhwah di rumah Nenek Tam (berhampiran dengan rumah Kak Lang).

Seramai hampir lebih 10 orang sukarelawan telah bersama dalam kunjungan ukhawah ini. Antaranya; Yani, Yus, Ayu, B, Sarah, Nani, Alisah, Mona, J Sham, Khai, Nor, Aniza dan beberapa orang sukarelawan lagi.

Dikongsikan foto kunjungan ini.

Nek Tam gembira menerima kedatangan kami.

Antara juadah yang dibawa oleh sukarelawan yang hadir.

Alisah sedang menenangkan Nek Tam yang menitiskan air mata tika berkongsi cerita berkenaan cucunya.

Nek Tam memeluk setiap sukarelawan yang hadir sebelum kami pulang ke rumah.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 16 Februari 2011 0 comments

http://www.kktm.edu.my/pj/images/maulidurrasul.jpg

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 15 Februari 2011 0 comments


Tarikh : 26/2/11(Sabtu) -27/2/11(Ahad)

Masa :
1. 9am-1pm(shift 1)
2. 1pm-5pm(shift 2)
3. 5pm-9pm(shift 3)

Lokasi :
1. Tesco Shah Alam
2. Tesco Extra Shah Alam
3. Tesco Klang

Sila daftarkan nama anda (lokasi, tarikh & shift) kepada Ash Yaacob melalui emel ashyaacob@gmail.com atau sms 0162168402.

Kami amat memerlukan bantuan anda.

Ayuh kita Menjana Perubahan Bermakna bg golongan yang memerlukan

-yanie-

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 14 Februari 2011 0 comments

http://www.codeunit.co.za/wp-content/uploads/2010/04/data-sorting-lego.jpg

Pemberitahuan;

Pengasingan barang-barang untuk "Charity Sale" akan diadakan pada;

Tarikh: 15 Februari 2010 (Selasa)
Tempat: Pejabat Yayasan Salam, Petaling Jaya
Jam: 10.00 pagi (sehingga selesai)

Sukarelawan yang berkelapangan, dijemput hadir membantu kami.

Hubungi Yana ( 012-3670726).

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments


Salam sejahtera kepada semua sukarelawan,

Satu kunjungan ukhwah (ziarah) akan di adakan pada;

Tarikh: 15 Februari 2010 (Selasa)
Jam: 9.00 pagi (mula bergerak dari Rumah Pink)
Tempat: Rumah Nenek Tam (berhampiran dengan rumah kak Lang)

Kepada sukarelawan yang berkelapangan, dijemput hadir sama. Hubungi Yus (012-3013701).

Mohon doa agar kunjungan ini mengeratkan lagi ukhwah diantara sukarelawan dengan nenek Tam.

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments

http://ideariza.com/wp-content/uploads/2011/01/terima-kasih-ideariza.jpg
Kepada semua sukarelawan yang telah bersama membantu mempromosikan program My Ole-Ole di Giant Senawang, Negeri Sembilan.. Terima kasih kami ucapkan kepada semua sukarelawan.

Semoga usaha kita ini dapat menjana perubahan bermakna kepada mereka yang lebih memerlukan..

Tahniah Zaini dan Shahir!! Atas usaha kalian menebarkan syiar My Ole-Ole di Giant Senawang..

Dikongsikan gambar sekitar promosi My Ole-Ole @ Giant Senawang Negeri Sembilan;






Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

Sukacita dimaklumkan, MY OLE-OLE telah melebarkan sayapnya dan kali ini, promosi bermula di GIANT SENAWANG,SEREMBAN dan berlangsung selama 3 minggu berturut-turut (Sabtu dan Ahad). Promosi kali ini adalah inisiatif daripada pelajar KOLEJ MARA SEREMBAN (KMS).

Seperti biasa, kami ingin mewar-warkan promosi ini serta mengalu-alukan kehadiran anda untuk bersama-sama mempromosikan MY OLE-OLE

Tarikh promosi adalah seperti berikut :
Minggu pertama promosi : 12hb-13hb Feb 2011
Minggu kedua promosi : 19hb-20hb Feb 2011
Minggu ketiga promosi : 26hb-27hb Feb 2011

dan seperti biasa, terdapat tiga shift untuk setiap hari promosi dan masa adalah seperti berikut :

Shift pertama : 10.00 pagi - 1.00 tghari
Shift kedua : 1.00 tghari - 4.00 ptg
Shift ketiga : 4.00 ptg - 7.00 mlm

Sekiranya anda berminat untuk bersama-sama melakukan "perubahan bermakna" bagi membantu komuniti yang memerlukan, sila hubungi Zaini (012- 8475756) dan Shahir (017- 3065950).

Sekian, terima kasih.
Yusmunirah Muhammad Yusar.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 10 Februari 2011 0 comments


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera...

Pengumuman...!Pengumuman..!Pengumuman...!

SIG KOMUNITI akan mengadakan program sulung iaitu The Changing. program ini juga kerjasama dengan Sukarelawan di Temerloh. Waktu dan masa program tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 19-20hb Febuari 2011
Masa : 4.00 ptg(19hb Feb) – 5.00 ptg (20hb Feb)
Tempat : Kuantan, Pahang.
Jumlah Sukarelawan diperlukan : 10 orang

Untuk makluman semua, program ini adalah rentetan daripada Projek My ole-ole dan. Kami mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong- royong untuk membersihkan salah satu rumah warga emas di kuantan yang serba kedaifan (dikenali sbg pakcik 122).



Sehubungan dengan itu, terdapat 4 lagi tempat kosong (6 lagi adalah AJK program) untuk penyertaan para sukarelawan dan keutamaan di berikan kepada sukarelawan lelaki. Hal ini kerana, kami memerlukan tenaga kerja yang kuat untuk membersihkan rumah tersebut di samping waktu yang amat singkat. Tetapi, sekiranya penyertaan daripada sukarelawan lelaki tiada, perempuan juga amat dialu-alukan.

Selain daripada itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari anda untuk menyumbang beberapa peralatan untuk membersihkan rumah pak cik tersebut kerana kami masih kekurangan bajet untuk membeli peralatan itu. Senarai peralatan adalah seperti di bawah :
1. Penyapu
2. Sabun
3. Baldi
4. Berus
5. Plastik sampah
6. penyedok sampah
7. Tong sampah

Sukacita juga ingin memaklumkan, sekiranya di antara anda ingin turut serta bersama-sama kami dan menggunakan bajet anda sendiri, pihak KOMUNITI amat mengalu-alukan. Hal ini kerana, bajet untuk ke Kuantan, adalah untuk 10 orang sahaja sukarelawan daripada KL dan 10 orang lagi adalah Sukarelawan dari Temerloh.

Anda berminat untuk meneruskan "Perubahan Bermakna" bersama kami? Sila SMS nama anda ke numbor 012-3013701 ( Yus ) selewat-lewatnya pada 16hb Februari 2011 (Rabu) beserta sumbangan anda.

Terima kasih.
Yusmunirah Muhammad Yusar.

Posted by Yayasan Salam Malaysia 0 comments

Kami di SIG Komuniti SALAM mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Cina" kepada semua sukarelawan SALAM yang berbangsa Cina..

http://www.inijie.com/wp-content/uploads/2008/02/inijiebannerimlek.jpg

Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 3 Februari 2011 0 comments

http://farm3.static.flickr.com/2638/3693937024_646f6715c2.jpg

CHARITY SALE 2011


Pihak SALAM mengalu-alukan sumbangan berbentuk pakaian (pastikan yang masih elok dan boleh dijual), barang perhiasan, beg, buku, permainan kanak2, kraftangan dan apa sahaja yang boleh dijual untuk Program Charity Sale 2011.

Barang-barang bolehlah dikumpul di Pejabat Yayasan Salam mulai 1 Februari 2011 sehingga 27 Februari 2011. Untuk maklumat lanjut sila hubungi penyelaras program:

1. Ash Yaacob (Emel: ashyaacob@gmail.com)
2. Maziyana bt Zokdi (Emel: yana.zokdi@gmail.com)
3. Fairul Fajeley (Emel: hata_229@yahoo.com)

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 2 Februari 2011 0 comments

MOTIVASI SUKARELAWAN: Menjana Jiwa, Membangun Citra, 25 Februari 2011, 8.00 mlm hingga 11.00 mlm di Maktab Kerjasama Malaysia, Jalan Templer, Petaling Jaya.

Program ini dikendalikan oleh Tuan Haji Hushim Salleh yang berpengalaman dan sering dijemput untuk mengendalikan program seumpama termasuk rancangan Motivasi Pagi dan Wanita Hari Ini (TV3).

Kita akan membincangkan aspek-aspek motivasi diri, lonjakan potensi, menjernihkan minda, mengukuhkan semangat, percambahan idea, menuntut ilmu yang bermakna dan mengeratkan persaudaraan. Bayaran untuk program ini adalah RM15.00 untuk yang mendaftar awal sebelum 15 Februari 2011 (harga asal RM20.00). Bayaran ini untuk makan/minum, tempat dan bayaran penceramah.

Sila hubungi penyelaras program untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:

1. NORSHUHADA KAREEM

H/P: 012-5102726

Telefon: 03-79584021

Emel: shuhada@salam.org.my

2. NOR ZAKIAH SENIN

H/P: 012-2634235

Telefon: 03-79584021

Emel: zakiah@salam.org.my

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 1 Februari 2011 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar