Salam syawal.

Sukarelawan yang dihormati,

SIG Komuniti SALAM akan mengadakan satu program pada;

Hari: Ahad (26 September 2010)
Jam: 10 pagi sehingga 2 petang
Tempat: Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti, Puchong.

Bagi sukarelawan yang berminat menyertainya, sila hubungi Yani ditalian 016-6210598 untuk mengesahkan kehadiran anda. Penyertaan terbuka kepada 20 orang sukarelawan sahaja. Cepat daftarkan diri anda sebelum 22 September 2010.

Sumbangan barangan juga kewangan dari sukarelawan juga dialu-alukan bagi menampung kos pada hari tersebut.

Kepada sukarelawan yang telah mengesahkan kehadiran, jumpa anda di Ibu Pejabat Yayasan Salam Malaysia pada Ahad jam 8.30 pagi. Pengangkutan adalah secara car pool.

Antara yang menarik dalam semarak syawal adalah;
1. Pertandingan mengayam ketupat
2. Menonton cerita P. Ramlee bersama warga Rumah Orang Tua Al Ikhlas.

Doakan semoga program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong serta mendokong usaha-usaha dalam menjana perubahan yang bermakna kepada komuniti yang lebih memerlukan. Teruskan bersama SIG Komuniti SALAM.



Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 21 September 2010

1 Responses to Semarak Syawal 2010

  1. june Says:
  2. uik..apsal pic aku bleh terlepas sampai cneh neh??? copyright reserved neh encik..dah mintak izin kat tuan punye ke?

     
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar