Program ini telah dijalankan pada 28 Mac 2010 (Ahad) di Kampung Genting Peras Hulu Langat, Selangor. Seramai 25 orang sukarelawan Yayasan Salam Malaysia dan 9 orang dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Fokus utama program ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kesihatan dan kebersihan kepada komuniti Orang Asli di samping menghulurkan sumbangan kepada mereka. Dianggarkan jumlah penduduk di kampung tersebut adalah seramai 195 orang bersamaan 30 buah keluarga.


Objektif program adalah;
1. Mendorong dan menerapkan pendidikan kesihatan dan kebersihan diri kepada komuniti Orang Asli.
2. Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antaran SALAM dengan penduduk Kampung Genting Peras.
3. Memberi pendedahan kepada sukarelawan SALAM mengenai cara hidup komuniti Orang Asli.
4. Memberi peluang kepada individu-individu serta golongan korporat untuk berbakti dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti Orang Asli Kampung Genting Peras.

Program kali ini mendapat kerjasama yang baik dari pihak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta pelajar-pelajar dari HELP Institute. Pihak PPUKM menyediakan segala ubat-ubatan serta alatan perubatan manakala HELP Institute menyediakan sukarelawan yang akan berkhidmat sepanjang program dijalankan.

Program ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan dewasa dan kanak-kanak. Untuk kumpulan dewasa, mereka akan membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma di Balai Raya berdekatan. Pemeriksaan kesihatan ini dilakukan oleh pihak PPUKM. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan jenis darah dan tekanan darah. Ramai penduduk kampung yang hadir memeriksa taraf kesihatan mereka.




Sementara, kanak-kanak pula menghadiri sesi kebersihan diri di kawasan lapang di hadapan Balai Raya. Untuk sesi kebersihan, slot ini disampaikan oleh sukarelawan Yayasan Salam Malaysia sendiri iaitu Cik Mona dan Cik Yani.




Antara pengisian slot kebersihan diri adalah cara memberus gigi dan tangan dengan betul.

Dikongsikan beberapa tips;

1. Memberus gigi dengan betul.

Untuk membersihkan seluruh permukaan gigi anda dengan betul, anda perlulah melihat cermin semasa memberus gigi dan juga mengambil masa untuk memberus gigi anda (anda bolehlah mengira sebanyak 5 kiraan di dalam hati pada setiap bahagian permukaan gigi yang diberus). Jangan memberus dengan kuatkerana ini akan menyebabkan gigi anda boleh terhakis terutamanya pada leher gigi dan menyebabkan gigi anda menjadi sensitif. Cara memberus adalah:

a. Berus permukaan mengunyah gigi atas dan bawah secara menggerakkan berus kehadapan dan kebelakang.

b. Pada kedudukan berus 45 darjah dari gusi, beruskan permukaan luar gigi atas secara bulatan kecil mulai dari gigi belakang ke gigi hadapan dan berakhir dengan gigi belakang pada sebelah yang bertentangan. Diulangi dengan permukaan gigi bawah.

c. Ulangi langkah yang sama untuk permukaan dalam gigi untuk gigi belakang.

d. Untuk permukaan dalam gigi hadapan atas dan bawah, gunakan hujung berus gigi sahaja untuk memberus bahagian tersebut.

e. Akhir sekali, jangan lupa untuk memberus lidah anda dengan cara memberus kehadapan dan kebelakang dengan lembut. Ada juga berus gigi yang mempunyai bahagian untuk memberus lidah.



2. Membasuh tangan dengan betul.

a. Basahkan tangan dengan air yang mencukupi. Basuh tangan dengan sabun pencuci tangan.
b. Gosokkan kedua-dua tapak tangan anda
c. Gosok pula setiap jari-jemari dan di setiap celah-celah jari

d. Gosok pula kuku anda pada tapak tangan. Lakukan pada kedua-dua belah kuku tangan

e. Gosok pula di kedua-dua belakang tangan anda

f. Bilas dengan air yang mencukupi dan bilas sebersih-bersihnya

g. Keringkan tangan yang dibasuh tadi dengan tuala bersih



Antara kelainan program kali ini adalah sukarelawan sendiri yang menyediakan makanan untuk penduduk kampung. Sukarelawan bekerjasama bergotong royong menyediakan makan tengahari untuk penduduk Kampung Genting Peras.



Selain itu, pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengisi ruang waktu bersama kanak-kanak dan penduduk kampung. Antaranya, acara sukaneka. Bagi mengeratkan lagi hubungan di antara sukarelawan dan penduduk kampung.





Di akhir program, pihak Yayasan Salam Malaysia telah menghulurkan sumbangan beras kepada penduduk Kampung Genting Peras. Beras ini adalah sumbangan dari pihak Bernas kepada komuniti yang lebih memerlukan.





Dikepilkan bersama gambar sepanjang program;













Sekian,


Laporan disediakan oleh;

Sukarelawan Yayasan Salam Malaysia.

Posted by Yayasan Salam Malaysia Rabu, 21 April 2010 2 comments















ahad
18 april 2010
giant bandar kinrara
program my ole-ole..
Yayasan Salam Malaysia

PANDANGAN SEBAHAGIAN SUKARELAWAN



KOMEN ZUMAIRA ZAINAL :-

Salam 1 Malaysia ;-)

Tahniah utk mrk2 yg meluangkan masa di MY OLE-OLE Giant Bandar Kinrara...

Pertama kali strategi promosi di Giant berubah...satu pengalaman yang menarik dan mencabar...

1) pihak Giant membenarkan volunteers masuk ke dalam Giant dan "approach" pelanggan mereka yang sedang membeli-belah di Giant..satu pengalaman menarik walaupun saya gagal untuk melakukannya..macam tidak sanggup ingin mengganggu pelanggan Giant yang tengah khusyuk membeli, memilih, memikir barang yang hendak di pilih...selepas ini saya perlu perbaiki kelemahan saya ini dan ingin mengalami perasaan yang dialami oleh Kak Isha dan Yus yang berjaya "approach" pelanggan Giant sehingga mereka memberikan sumbangan kepada MY OLE-OLE...syabas untuk kalian!!!!

2) untuk booth promosi MY OLE-OLE kali ini di buka selepas kaunter pembayaran..pendek kata booth berada di laluan keluar..satu cabaran untuk volunteers..selama ini booth berada di pintu masuk Giant..keadaan ini memudahkan volunteers untuk mengwar-warkan promosi ini kepada pengunjung Giant...tapi berlainan pula di Giant Bandar Kinrara di mana volunteers perlu berdiri di pintu masuk dan memberikan pamphlet sambil memberitahu kedudukan booth MY OLE-OLE..masalah yang dihadapi adalah kebanyakkan pengunjung hanya mengambil pamphlet dan terus berlalu tanpa sempat volunteers ingin menerangkan kedudukan booth...pengunjung hanya sedar kewujudan booth bila mereka selesai membeli-belah di Giant...

3) peak period di Giant Bukit Kinrara dari 6.30 ptg hingga 9 mlm mmg satu pengalaman mencabar...booth patut di tutup 7 mlm tapi masa itulah ramai pengunjung di Giant..volunteers masih aktif memberikan pamphlet walaupun sudah 7 mlm..booth ditutup pada 8 mlm kerana volunteers merasakan ada insan-insan yang berhati mulia akan memberi sumbangan kepada MY OLE-OLE...alhamdulillah masih ada insan seperti itu...alhamdulillah target dapat dicapai walaupun tidak sehebat di Kota Damansara...

Mungkin selepas ini, satu pendekatan baru perlu dikaji...volunteers juga kena alert dengan perubahan strategi...saya juga ingin memperbaiki kelemahan saya ini..terasa saya gagal melakukan misi saya di MY OLE-OLE Giant Bukit Kinrara...

SYABAS untuk semua volunteers!!!!

Semoga kita berjumpa lagi di MY OLE-OLE yang akan datang...

KOMEN SUHAIDA

Assalamualaikum..

My Ole-Ole ni merupakan pengalaman pertama su..
Sangat seronok bila dapat join..thanks kak rozi jemput su kat umah..
Mula2 kena "approach" orang ramai yang sedang membeli-belah di Giant agak malu2 jugak lah..maklumlah su ni mmg pemalu bila nak bercakap ngan orang yang su xkenal..
Tapi su cuba buang malu tu...

Perasaan SEDIH bila
-Ada yang buat muka bila su bercakap dengan diorang..(macam xnak dgr jer..)
-Ada yang lipat2 penyek2, conteng2, buang2, selit kat barang2, pamplet yang kita edarkan
-Ader jugak salah anggap kita ni jual barang..(xper..dimaafkan)
-Ader yang jeling2 jer kat kita..huhu ( sentitif sungguh..huhuhu)
-Penguman yang dibuat oleh pihak giant kurang jelas..

Perasaan GEMBIRA bila
-ader yang bersungguh2 nak dengar kita terangkan pasal my ole-ole ni...
-troli makin penuh..
-nak tulis jumlah barang yang kita dapat kumpulkan
-dapat bersalaman dgn perderma..(excited sangat..hehe)
-bergambar ngan volunteer2..(huhuhu,thanks kak alisa)

Pendek kata ...rasa sangat bersyukur kerana masih ader yang sayang....ceewah..

Alhamdulillah...

dARIPADA Insan yang bernama SUHAIDA SUPALIO...
tHANKS...


KOMEN ZULHARIS

Pengalaman sy di My Ole-ole

1) pengalaman yg menarik. berhadapan dgn pelbagai ragam manusia. belajar dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi.

KOMEN KAK ISHA

terima kasih kat smua yg memberikan komitmen paling maksimum....utk smlm & promosi my ole2 sebelum ini.

terima kasih kat kak zek cz bg tips kat sy smlm...agak panik cz x tahu apa strategik terbaik utk diambil nk 'pikat' hati pelanggan bila kena approach kat dlm....syukur sy mampu lakukannya dgn bantuan rakan2 & kak zek serta sokongan alng & shu...satu perasaan yg x terucap & x terungkap ..bila lihat wajah2 yg kite dekati kat dlm tu menghulurkan brgan....aduhhhhhhh!!! korang patut rasakannya....

lps ni mmg approach tu adalah yg terbaik....ianya mmg nmpk berkesan!!!sama2 kite gilap skill kite lg ek....bak kata kimah...senyum seikhlasnya dgn penuh kasih syg.....

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 20 April 2010 0 comments


Salam kepada semua sukarelawan...

Setelah berjaya mengumpulkan barangan untuk komuniti terpinggir sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini, Kumpulan SIG Komuniti akan menjalankan kempen promosi untuk Projek My Ole-Ole sempena Hari Raya Aidilfitri pula.

My Ole-Ole adalah projek untuk membantu komuniti terpinggir melalui kutipan barangan makanan dan kemudian diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Kali ini, SIG Komuniti akan mengadakan kempen tersebut:

Tarikh: 18 Apr 2010 / Ahad
Tempat: Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Puchong
Masa: (Lihat jadual syif di bawah)
Tugas: Mengedarkan pamplet dan penerangan kepada pelanggan Giant. Mengumpulkan barangan jika ada yang ingin menyumbang

Sukarelawan akan dibahagikan kepada 3 syif waktu bertugas: 10.00 pagi - 1.00 tengahari, 1.00 tenghari hingga 4.00 petang dan 4.00 petang hingga 7.00 malam.

Sila hubungi Alisa (012-266 6571) atau Rozi (017-6504377) untuk maklumat lanjut atau ingin membantu.

Bantuan sukarelawan sangat diperlukan dan dihargai. Maklumat tentang projek ini di http://www.salam.org.my/my_ole-ole.htm


Salam Hormat,
Masriah Dahlan
Yayasan Salam Malaysia
Tel : 03-79584021
Fax : 03-79584031
Email : masriah@salam.org.my
Website: www.salam.org.my

Posted by Yayasan Salam Malaysia Isnin, 19 April 2010 0 comments




































































Posted by Yayasan Salam Malaysia Khamis, 15 April 2010 0 comments















HULU LANGAT: Yayasan Salam meneruskan usaha menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan memerlukan dengan mengunjungi perkampungan orang asli di Kampung Genting Peras di sini bagi mendidik penduduk kampung mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan.

Program berkenaan susulan program My Ole-Ole anjuran yayasan itu sejak Januari lalu sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bermatlamat menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik bagi membolehkan merekan meraikan perayaan berkenaan.
Pada program itu, 36 keluarga Orang Asli menerima kampit beras Bernas untuk setiap keluarga, selain pelbagai barangan kering lain seperti minyak masak, biskut dan sebagainya menerusi sesi cabutan bertuah yang turut di adakan.

Ketua Program, Nor Aniza Ramli berkata program berkenaan turut di adakan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma serta mendidik penduduk kampung mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan.

"Sembilan pelajar perubatan turut menyertai program lawatan ini diketuai Kanit Tha Deang selain pelajar Help Institute dan seorang pelajar dari Vietnam. Mereka melakukan sesi pemeriksaan kesihatan termasuk teknik memberus gigi serta cara membasuh tangan dengan bersih kepada kanak.

"Kanak-kanak juga diberi minum ubat cacing oleh PPUKM bagi memastikan mereka membesar dengan lebih sihat dengan harapan dapat mendedahkan mereka dengan pengetahuan mengenai kepentingan menjaga kesihatan secara asas," katanya.

Mengeratkan lagi hubungan, anggota Yayasan Salam dan pelajar juga turut bekerjasama memasak makanan tengahari untuk menjamu penduduk kampung. Lebih meriah, acara diteruskan dengan program sukaneka serta penyampaian hadiah.

Aniza berkata, Kampung Genting Peras terpilih dalam senarai program My Ole-Ole disebabkan kedudukannya agak terpinggir terutama dari segi kemudahan asas seperti bekalan eletrik walaupun lokasinya tidak jauh dari pekan Hulu Langat.

Beliau berkata, Yayasan Salam merancang meneruskan sesi lawatan seumpama ini dan kini memfokuskan My Ole-Ole sempena kedatangan Aidilfitri dan Deepavali selepas ini.

"Malah kutipan barang keperluan asas untuk didermakan kepada golongan kurang upaya sempena program ini juga sudah bermula dengan tumpuan di pasar raya hiper, " katanya.

Sumber: Berita Harian 12April2010 (Isnin) muka surat 04 (Sentral)

Posted by Yayasan Salam Malaysia Selasa, 13 April 2010 0 comments
Powered By Blogger

Subscribe here

Ikhlas dari kami..


JAM SIG KOMUNITI


Jam SIG Komuniti

Selamat Datang Ke Blog SIGKomuniti

Kepada semua pengunjung blog SIG Komuniti, selamat melayari blog kami. Moga bermanfaat.

Mengenai blog

Blog ini adalah sebagai wadah hebahan program SIG Komuniti SALAM

YAYASAN SALAM MALAYSIA

YAYASAN SALAM MALAYSIA
www.salam.org.my

BROSUR

Ada apa dengan My Ole-Ole

Ada apa dengan My Ole-Ole
Klik untuk maklumat lanjut

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket

My Ole-Ole @ Giant Hypermarket
Klik untuk sertai kami

jom jadi sukarelawan salam

Aktiviti akan datang

Kalendar